Setiap manusia secara normalnya dianugerahkan sebuah jantung untuk membantu perjalanan mekasnima kehidupan. Tanpa jantung yang sihat manusia sukar untuk hidup dengan sempurna.
Jantung bekerja keras setiap hari dengan ritma-ritma tertentu bergantung kepada emosi dan situasi seseorang. Fungsi utamanya ialah mengepam darah segar beroksigen dan bernutrisi penting ke setiap pelosok tubuh untuk membekalkan kuasa kepada sistem tubuh.
Kita perlu menjaga jantung sebaiknya supaya ia dapat berfungsi untuk tempoh bertahun-tahun lamanya tanpa masalah sehingga sampai ketentuan akhir hidup manusia.
2 perkara penting yang menjamin kesihatan jantung adalah kelakuan dan tabiat gaya hidup hidup seseorang.
Ada banyak cara menjaga kesihatan jantung yang boleh kita amalkan sebagai langkah awal pencegahan sakit jantung.
Antara cara yang berkesan untuk mencegah sakit jantung tanpa ubat adalah melalui 13 tips menjaga jantung berikut:
Setiap pagi, selepas bangun daripada tidur, sebelum melakukan apa-apa aktiviti, cuba periksa kadar denyut nadi anda sama ada di leher atau pergelangan tangan.
Kira denyut nadi selama satu minit. Ia dikira dalam unit denyut per minit (beat per minute – bpm)
Menurut info dari Medical News Today, kadar denyut nadi normal bagi orang dewasa ialah dalam linkungan 60 – 100 denyut per minit (bpm).
Bagaimanapun, mereka yang memiliki tahap kecergasan fizikal yang tinggi mempunyai kadar denyut nadi (bpm) yang lebih rendah berbanding orang normal.
Seperti atlit, mereka kebanyakkan mempunyai denyut nadi sihat antara 40 – 60 bpm sahaja.
Jika anda pasti mempunyai kadar denyut nadi yang rendah daripada 40 bpm atau lebih daripada 120 bpm, sila double check dengan doktor segera.
Kacang walnut kaya dengan kandungan alpha-linolenic Acid (ALA), sejenis lemak omega-3 berasaskan tumbuhan.
Baca Juga >> 11 Makanan Terbaik untuk Jantung
Ia membawa kebaikan fungsi anti keradangan yang boleh mengelakkan pembentukan darah beku dalam salur darah serta memperbaiki sistem aliran darah yang sihat.
Kajian menunjukkan, mereka yang mengambil lebih ALA dalam diet pemakanan harian mempunyai risiko rendah kegagalan jantung dan hampir 50% pengurangan risiko kematian mengejut akibat serangan jantung.
Makan 4 biji kacang walnut sehari sudah cukup untuk menaikkan kandungan ALA yang sihat dalam darah. Dan amalan makan kacang walnut juga menyokong paras kolesterol yang sihat dalam darah.
Manusia juga diberi peluang supaya berkahwin sekurang-kurangnya sekali untuk seumur hidupnya.
Tahukah anda? Nikmat dalam hubungan perkahwinan boleh menyokong kesihatan jantung anda serta pasangan.
Menurut kajian American Journal of Cardiology, pasangan yang melakukan seks hanya sekali sebulan atau kurang daripada itu mempunyai risiko kepada pembentukan penyakit jantung.
Risiko ini 45% lebih tinggi berbanding pasangan yang melakukannya 2 atau 3 kali seminggu.
Selain suatu nikmat dan menunjukkan skala kesihatan dalam rumah tangga, hubungan seks juga berkait dengan kesihatan sistem kardiovaskular.
Penyelidik mengatakan, hubungan seks adalah seperti aktiviti senaman yang merangsang sistem kardiovaskular termasuk jantung.
Indeks pencemaran udara yang tinggi di sesebuah kawasan mempengaruhi kesihatan jantung penduduk atau orang yang berada disekitarnya.
Situasi udara tercemar ini boleh disebabkan oleh faktor semulajadi atau akibat perbuatan manusia sendiri seperti masalah jerebu, asap kenderaan dan lain-lain.
Kekerapan menyedut udara kotor yang mengandungi partikel pencemaran yang sangat halus boleh menyebabkan dinding arteri menjadi semakin nipis.
Ia boleh membawa risiko serangan jantung yang sangat tinggi.
American Heart Association pernah mengeluarkan kenyataan saintifik berhubung perkara ini. Pendedahan kepada udara tercemar boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular dan kematian.
Terdedah kepada udara tercemar boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok, ketidaknormalan jantung (arrhythmias) dan kegagalan jantung. Terutamanya kepada golongan warga tua atau mereka yang sedia ada mempunyai masalah kesihatan tertentu yang lain.
Baca Juga >> 6 Punca Serangan Jantung
Manfaat kekacang (beans) adalah sebagai sumber tumbuhan yang kaya dengan nutrisi dan dikenalpasti sebagai makanan sihat untuk jantung.
Ia bukan sahaja sangat kaya dengan sumber fiber dan potassium, malahan bebas daripada kandungan lemak tepu, lemak-trans, kolesterol dan sodium.
Banyak jenis kekacang yang boleh diamalkan untuk kesihatan jantung secara tidak langsung seperti kacang hijau, kacang merah, kacang soya, kacang dal (lentil), kacang kuda (chickpea) dan sebagainya.
Kajian epidemiologi oleh Kabagambe et al. (2005) melaporkan satu hidangan (1/2 cawan) kekacang sehari dikaitkan dengan 38% penurunan risiko Myocardial Infarction (atau serangan jantung). tetapi pengambilan lebih daripada 1 hidangan tidak memberi lebih penurunan risiko tersebut.
Apa kata beli satu alat senaman tangan atau handgrip untuk diri anda. Saya beli di Daiso je, semurah RM 5.
Cuba lakukan 4 kali sesi hand gripping 2 minit bagi setiap belah tangan. Rehat 1 minit antara setiap sesi.
Lakukan senaman ini dalam tempoh 4 minggu secara konsisten boleh menurunkan bacaan tekanan darah sebanyak 10%, menurut laporan Journal of Hypertension.
Latihan regangan ini membentuk “shear stress – tekanan ricih” yang mengaktifkan kekuatan otot dan memperbaiki fungsi salur darah.
Hentikan mitos bahawa telur membawa masalah kolesterol jahat (LDL) kepada tubuh.
Ya, telur mengandungi sedikit jumlah kolesterol, tetapi dikatakan hampir tidak memberi impak kepada kenaikan paras kolesterol dalam tubuh, menurut National Heart Foundation.
Baca Juga >> Cara Mudah Turunkan Kolesterol Tinggi
Telur sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang yang kita perlu amalkan sehari-hari.
Ia boleh diambil sama ada dalam bentuk telur rebus, telur separuh masak atau scramble.
Cuma awas, perhatikan bahan yang kita tambahkan kepadanya ketika memasak atau meemakannya seperti perasa, mentega, mayonis, garam, sos dan sebagainya.
Telur dikatakan antara cara terbaik untuk menaikkan paras kolesterol baik (HDL), dimana:
Mereka yang memiliki kolesterol HDl yang tinggi kebiasaanya mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit jantung, strok dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Menurut kajian, makan 2 biji telur sehari selama 6 minggu dapat menaikkan paras kolesterol baik sebanyak 10%.
Pilih untuk melakukan senaman setiap minggu – Berlari/berjogging sejauh 3km atau selama 30 minit contohnya.
Selepas tamat berlari, rekodkan masa dan terus ambil bacaan denyutan nadi (heart rate). Rujuk cara no. #3 secara manual. Contoh bacaan 1 = 155 bpm.
Rehat sebentar selama 2 minit dan selepas itu ambil semula bacaan denyut nadi (heart rate).Contoh bacaan 2 = 95 bpm.
Tolakkan bacaan 1 dan bacaan 2. Jika beza bacaan kurang daripada 12 bpm, ia mungkin menunjukkan anda mempunyai masalah arteri tersumbat atau lemah jantung.
Terus berjumpa doktor untuk double check heart rate anda dan dapatkan nasihat serta rawatan.
Baca Juga >> 6 Tips Mudah Mencegah Penyakit Jantung
Berhenti sekejap dan ambil nafas yang panjang dan dalam. Lebih baik lagi, lakukan 6 sesi pernafasan ini selama 30 saat bagi setiap satu sesi.
Menurut kajian oleh Hypertension Research, aktiviti pernafasan lanjang dan mendalam ini boleh menurunkan bacaan tekanan darah sistolik sebanyak 4 mmHg dalam beberapa minit.
Dlam sesetengah kajian lain pula menyarankan supaya melakukan aktiviti ini secara konsisten untuk meredakan stress daripada berpanjangan dan menjadikan kita lebih tenang.
Berbanding orang yang tidur dengan cukup, mereka yang mengalami masalah insomnia (masalah gangguan tidur) mempunyai 45% lebih risiko untuk mengalami masalah serangan jantung.
Hanya perlu amalkan senaman selam 30 minit 3 kali seminggu mampu memperbaiki kualiti tidur anda.
Namun kesabaran amat diperlukan bagi menjayakan misi ini kerana ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan hasil yang baik – menurut kajian Northwestern University.
Tadi kita sebut tentang masalah kurang tidur, sekarang tentang masalah berlebihan tidur pula. Namun, impaknya lebih kurang sama.
Mereka yang tidur secara marathon selama 10 jam atau lebih setiap hari juga berisiko memiliki masalah jantung yang tinggi – menurut Jounal Sleep.
Antara lain, tabiat suka melewat-lewatkan bangun daripada tidur banyak sering dikaitkan dengan masalah berat badan dan kesihatan mental yang lemah.
Jika masalah ini berterusan dan sukar dikawal, nasihat dan pemeriksaan doktor amat diperlukan.
menurut kajian Harvard University, lelaki yang biasa mengabaikan sarapan pagi memiliki 27% lebih risiko penyakit jantung koronari.
Tabiat ini boleh menyebabkan kadar naik turun paras gula serta meningkatkan paras trigeliserid dalam darah.
Baca Juga >> 5 Kesalahan Semasa Berdiet
Keadaan ini seterusnya bakal menyumbang kepada risiko pembentukan plak dalam saluran arteri darah yang disebut Atherosclerosis.
Perkembangan Atherosclerosis pula menjurus kepada serangan jantung, strok dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Oleh itu dinasihatkan supaya kita selalu mengamalkan sarapan pagi terutamanya sarapan yang sihat dan baik untuk jantung.
Minuman dalam tin (minuman berkarbonat termasuk minuman tenaga) berpotensi boleh menjadi musuh jantung kita jka diambil secara tidak terkawal – baca ketagih.
Baca Juga >> Senarai Kalori Minuman
Kesan kandungan kafein dan gula tinggi dalam minuman ini boleh mengakibatkan tekanan darah meningkat terlalu tinggi – punca kepada masalah jantung dan strok.
Alternatif minum kopi mungkin lebih baik untuk masalah sumber kafein anda. Siapa pun tidak dapat menahan keharuman aroma kopi.
Hidup tanpa kopi umpama terlantar di atas katil pesakit hospital.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More