1 2
Diet

8 Tips Puasa Ramadhan Untuk Kekal Cergas dan Sihat Bertenaga

Bulan demi bulan telah berlalu dengan pantasnya. Kehadiran bulan Rejab dan Syaaban semakin mendekatkan kita kepada bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam seantero dunia,  iaitu bulan Ramadhan.

Ramadhan bukan sekadar bulan biasa di dalam Islam, tetapi ia sangat sinonim dengan PUASA. Bagaimana persiapan Ramadhan anda?

Bermula dengan niat, amalan berpuasa secara harfiahnya menuntut kita supaya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya bermula daripada terbit fajar (subuh) sehingga terbenamnya matahari (maghrib).

Tak boleh makan dan minum? Tetapi kenapa semua orang muslim tertunggu-tunggu kedatangannya?

Tips Puasa Ramadhan

Baca Juga >> 7 Perkara Do & Dont’s Dalam Bulan Ramadhan

Ramadhan Yang Dirindui

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T bagi orang beriman yang memahaminya. Selepas solat, ia adalah ibadah yang bersifat fizikal dan menguji ketahanan dalam tempoh waktu yang panjang – 14 jam sehari, 29 hari sebulan penuh berpuasa.

Dan banyak bab yang boleh dibincangkan dari segi pengertian, kelebihan dan hikmah puasa di bulan Ramadhan. Sangat banyak.

Cuma di dalam artikel ini, kami cuba ingin berkongsi dan fokus kepada bab nutrisi pemakanan dan diet bulan puasa.

Puasa sering dikaitkan dengan lapar dan dahaga secara fizikalnya. Tidak bermaya, tidak bertenaga, keletihan adalah kesan sampingan yang lainnya. Itu adalah normal dan itu juga adalah hikmah puasa Ramadhan dengan tujuannya halusnya supaya kita dapat mendidik nafsu.

Bagaimana ingin menghadapi Ramadhan dan bersedia untuk menempuhi amalan berpuasa dengan tenang dan kekal sihat?

Bagi menyokong dua tujuan tersebut, kita perlukan tips pemakanan ketika berpuasa yang dapat meningkatkan ketahanan berpuasa dan juga dapat mengurangkan atau memperbaiki masalah kesihatan kita.

Dua cara terpenting untuk kekal cergas bertenaga ketika berpuasa, yang sangat dianjurkan di dalam Islam melalui sunnah Nabi Muhammad S.A.W ialah:

  1. Jangan skip waktu sahur
  2. Segerakan berbuka

Pesan Rasulullah tentang sahur dan berbuka;

Dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda: “Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

“Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Baca Juga >> 10 Tips Mengajar Anak Berpuasa

9 Tips Ramadhan Untuk Kekal Cergas Ketika Berpuasa

Namun apa yang penting juga adalah, apa jenis makanan yang kita ambil dan kita makan. Berikut adalah 9 tips pemakanan yang boleh diamalkan untuk membantu kita kekal cergas dan bertenaga semasa berpuasa:

#1 – Minum Banyak Air

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air selepas berbuka hingga sebelum sahur – Pilihan utama tentunya kelebihan air kosong.

Tetapi boleh juga diambil bentuk dalam masakan sup, jus buah tanpa gula atau buah-buahan dan sayuran yang banyak kandungan air seperti tomato, timun, salad, tembikan, oren dan pelbagai lagi.

tips minum air banyak

Youtube Shorts: Kelebihan Minum Air Kosong

#2 – Kurangkan Gula

Elakkan minuman manis dan berkarbonat – Minuman manis yang mengandungi campuran gula yang tinggi termasuk di dalam jus buah dan air berkarbonat.

tabiat ini boleh menyebabkan masalah hipoglisemia iaitu paras gula dalam darah yang turun terlalu rendah daripada biasa akibat penggunaan terlalu banyak insulin terutamanya di waktu subuh. Ia akan menyebabkan kita jadi cepat letih dan sukar untuk menahan lapar sepanjang hari berpuasa.

Youtube Shorts: 7 Tanda-tanda Gula Tinggi Dalam Darah

#3 – Kurangkan Kafein

Cuba elakan minuman teh dan kopi semasa bersahur. Kedua-dua jenis minuman ini mengandungi kafein yang tinggi bersifat diuretik. Sudah tentu minuman berkarbonat juga tinggi kafein, tetapi lebih baik jauhkan kerana sangat buruk untuk kesihatan.

Diuretik merangsang pembentukan urin daripada buah pinggang. Ia akan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dengan banyak melalui air kencing – tanda kerap kencing.

Akibatnya tubuh kita akan mengalami dehidrasi atau kehilangan banyak air semasa berpuasa.

Tanda dehidrasi pada tubuh adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus, air kencing pekat, cepat letih & mengantuk, kulit kering, pening kepala dan pelbagai lagi.

Jika terlalu sayangkan sangat rasa kopi dan teh, boleh ambil, tetapi pada kadar yang sedikit serta berpatutan. Lebih baik banyakkan minum air kosong selepas itu.

#4 – Kurangkan Garam

Garam juga antara elemen yang boleh menyebabkan kita mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau dehidrasi semasa berpuasa. Hasilnya, tubuh akan menjadi cepat letih dan tekak berasa cepat haus dan dahaga.

Meskipun garam sukar untuk dielakkan, kita boleh cuba untuk kurangkan pengambilannya sama ada dalam makanan siap atau masakan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Baca Juga >> Cara Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Untuk seisi Keluarga

#5 – Lebihkan Sumber Protein dan Serat

Ketahanan kita berpuasa kita disiang hari banyak dipengaruhi dengan apa yang kita ambil semasa bersahur sebelum waktu subuh.

Pemakanan ketika sahur yang terlalu banyak, tinggi garam, gula dan lemak akan menyebabkan kenaikan paras insulin yang mendadak – insulin spike. Ia akan menyebabkan kesan ketara kita mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam bermula detik kita berpuasa.

Untuk menjadikan kita lebih tahan, cuba ubah diet sahur dengan mengambil oat, roti bijirin, kurma dan lainnya yang kaya dengan sumber fiber atau makanan kaya dengan protein seperti telur, yogurt ataupun minuman tinggi protein.

Hasilnya, kita akan perasan cara pemakanan kita yang ringkas semasa bersahur tetapi memberi lebih ketahanan kepada kita ketika berpuasa di siang hari sehingga waktu berbuka. Cubalah.

#6 – Berbuka Puasa Dengan Sihat 

Natijah berpuasa itu sebenarnya memberi kesedaran kita kepada hakikat tentang makan. Bukan kuantiti itu yang penting tetapi lebih kepada apa yang kita makan, itu lebih penting.

Makan sedikit tidak semestinya kita akan teruk kelaparan, makan banyak tidak semestinya kita akan selamanya kekenyangan.

Inilah masanya kita belajar dan mengajar nafsu kita terhadap makan. Beza antara banyak & sedap dengan cukup & sihat; mana yang kita pilih.

Bermula detik berbuka, mulakan dengan air kosong dan makan buah-buahan kering yang kaya dengan fiber seperti kurma, aprikot, buah tin, prun, kismis dan sebagainya. Kandungan nutrien dan gula semulajadinya sangat baik untuk perut dan dapat mengembalikan tenaga secara sihat.

Kemudian makan dengan perlahan-lahan sumber makanan yang lain seperti protein, karbohidrat dan lemak sihat. Ingat pesanan makannan pinggan sihat, diet suku-suku separuh. Tambah pengambilan air kosong sebaik mungkin.

Tiada kejutan untuk tubuh, banyak lagi tenaga diperlukan untuk aktiviti ibadah kita di malam hari.

Baca Juga >> 8 Kehebatan Manfaat Kurma Yang Anda Tak Tahu

#7 – Sentiasa Aktif

Berpuasa bukan cara untuk kita skip kehidupan aktif. Atau mencari alasan untuk bermalas-malasan dan bergaya hidup pasif. Banyak amalan bulan Ramadhan yang boleh membantu kita untuk kekal aktif dan cergas.

Puasa tetap kena aktif, cuma perlu selaraskan dan sesuaikan dengan waktu berpuasa. Berjalan kaki selepas bersahur atau selepas berbuka ketika hendak ke masjid boleh memberi alternatif senaman yang baik untuk kita.

Ia dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan sangat membantu untuk program penurunan berat badan.

Mudah untuk kita lakukannya secara penuh jika rumah kita berdekatan dengan masjid. Atau boleh sahaja parking jauh sedikit daripada masjid, selebihnya jalan kaki.

Aktiviti senaman siang hari di hari biasa boleh ditukar kepada marathon tarawikh di malam hari semasa berpuasa. Ia juga salah satu cara yang sangat sihat untuk kekal aktif dan tambah pahala melalui ibadah.

#8 – Rehat Yang Cukup

Rehat yang cukup sinonim dengan waktu tidur yang berkualiti. Tidur yang cukup mampu memberi kesegaran dan kecergasan kepada tubuh.

Kurang tidur pula sangat tidak baik untuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan kita hilang mood, mudah stress dan mudah marah.

Berpuasa di bulan Ramadhan memerlukan aktiviti yang seimbang antara waktu siang dan malam. Pengurusan masa dan waktu tidur perlu diatur dengan betul supaya tubuh kita tidak mengalami stress dan menyebabkan masalah kesihatan.

Tidak tidur terlalu lewat dan bangun di awal pagi untuk bersahur adalah kebiasaan yang perlu kita lakukan ketika waktu berpuasa. Jika ada ruang disiang hari, tambahkan sedikit waktu tidur anda sebagai gantian, terutamanya sebelum atau selepas waktu zohor. Atau pada mana-mana waktu yang difikirkan sesuai kerana setiap orang tidak sama kegiatan rutin hariannya.

Tidur yang pendek sudah memadai untuk mengembalikan kecergasan kita dan kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

#9 – Dapatkan Bantuan Suplemen

Nak cara mudah untuk kekalkan kecergasan serta kesihatan ketika berpuasa di bulan Ramadhan?

Suplemen boleh membantu menampung keperluan kita kepada nutrisi vitamin, protein, serat dan mineral. Selain untuk alternatif memberi tenaga dan mengekalkan kecergasan, kita juga perlukan vitamin untuk mengekalkan kesihatan.

Ia boleh dilakukan secara sihat dengan pemilihan suplemen yang betul dan sesuai dengan kaedah kita berpuasa seperti:

  • Energizing Soy Protein – ESP : Ia adalah minuman berprotein tinggi berasaskan soya. Membantu memberi tenaga dan kekal cergas sepanjang hari berpuasa. Pengambilan sewaktu bersahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih panjang kerana kadar pencernaan protein yang lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
  • Performance Drink – Sejenis minuman elektrolit untuk membantu mengawal paras cecair tubuh dengna membekalkan elektrolit yang sangat penting bagi mengelakkan masalah dehidrasi semasa berpuasa tanpa mengganggu keseimbangan paras gula dalam darah. Ia juga baik untuk mengembalikan tenaga segera selepas berbuka untuk lebih aktiviti aktif beribadah diwaktu malam.
  • Mealshakes – Sejenis minuman yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat fiber. Sangat baik untuk orang dan juga kanak-kanak yang baru belajar puasa untuk sumber tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Juga baik untuk membekalkan nutrisi sihat serta membantu sistem penghadaman.

Kami namakan ketiga-tiga suplemen ini sebagai “Set Mighty 3 Gems”. Sangat baik dan diperlukan sebagai persiapan anda untuk menyambut Ramadhan.

Ingin maklumat lanjut tentang set ini? Dapatkan info serta konsultasi eksklusif daripada kami:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
8 Tips Puasa Ramadhan Untuk Kekal Cergas dan Sihat Bertenaga

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago