1 2
Kecantikan Wanita

5 Tips Tanggalkan Makeup Secara Semulajadi Tanpa Risiko Jerawat

Penggunaan alat solek sudah menjadi kemestian bagi setiap kaun hawa di muka bumi ini. Ingin kelihatan cantik, menawan dan melindungi wajah dari segala kesan cela adalah antara faktor popularnya penggunaan makeup.

Tidak kisahlah apa sahaja produk makeup kegemaran anda: Olay, Avon, L’oreal, , Neutrogena, Nivea, Lancome (antara Top 10 Produk Kecantikan oleh Forbes) atau yang ‘made in Malaysia’.

Namun aspek selepas penggunaan produk kecantikan juga amatlah perlu diambil berat. Jika tidak ia boleh membawa pelbagai kesan negatif yang membahayakan kepada kulit dalam jangka masa panjang. Penggunaan ‘makeup remover’ yang tidak betul biasanya akan memberi kesan seakan terasa solekan itu masih tersisa di kulit muka.

Jika dibiarkan, kita mungkin boleh terdedah kepada gejala masalah kulit seperti alergi, jerawat dan jeragat di muka.

Tahukah anda? Terdapat bahan semulajadi di sekeliling dapur kita yang boleh digunakan sebagai penanggal kesan makeup. Lebih best lagi ia tidak membawa kesan negatif sesuai bagi kulit sensitif.

Kos nak tempek makeup dah mahal, nak buang pun lagi mahal. Jadi untuk anda yang juga sensitif kepada kesan kos, langkah penjimatan dalam tips tanggalkan makeup secara semulajadi berikut boleh diambil kira.

5 Tips Tanggalkan Makeup Secara Semulajadi

#1 – Gunakan Hirisan Timun

hirisan-timunTimun mempunyai sifat pelembab yang sangat baik. Kulit anda dijamin tidak terasa kering dan sembap akibat sel kulit mati selepas penggunaanya.

Keupayaannya menyingkirkan kulit mati mengurangkan kebergantungan anda kepada produk pencuci kulit sintetik.

Hiriskan timun kepada kepingan nipis dan gosokkan secara lembut keseluruh wajah termasuk daerah mata. Atau boleh juga dikisar halus untuk dijadikan jus pencuci wajah.

#2 – Pembersih Muka Susu Badam

susu-badamSusu badam diperbuat daripada kacang badam. Tidak seperti susu lain, ia tidak mengandungi laktosa.

Ia bersifat pembersih semulajadi dan mempunyai enzim yang mudah untuk menyingkirkan minyak, kotoran, dan sisa makeup.

Untuk menghasilkan susu badam, kisar kacang badam yang telah dibuangkan kulitnya di dalam blender sehingga agak berbuih dan ‘creamy’.

Masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan, coletkan sedikit pada kapas muka dan sapukan pada seluruh wajah sehingga terasa kesan makeup hilang. Bilas dengan air suam.

#3 – Khasiat Minyak Zaitun

minyak-zaitunMinyak dari buah zaitun yang terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ia lebih baik dari penanggal makeup tipikal yang agak kasar pada kulit.

Ambil sedikit muinyak zaitun dan masukkan kedalam mangkuk kecil. Gunakan kapas muka untuk sapu minyak keseluruh bahagian muka. B

ilas bersih dengan air. Untuk memudahkan kegunaan mana sahaja, simpan minyak zaitu dalam botol kecil dan masukkan ke dalam beg anda.

Ia mengandungi lemak baik sama seperti avokado, yang bertindak sebagai pelembap kulit dengan kombinasi vitamin E dan vitamin A. Ia sangat baik bagi mengatasi kulit kering.

#4 – Minyak Kelapa Untuk Kulit Kering

minyak-kelapaMinyak kelapa dikenalpasti sangat tinggi kandungan lemak tepu, tetapi sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering.

Ia sangat mudah menanggalkan kesan makeup degil terutama sekali di bahagian mata.

Sapukan minyak kelapa pada kapas dan urutkan keseluruh permukaan kulit wajah. Bilas dan bersihkan dengan air.

Selain berkesan menanggalkan kesan makeup, minyak kelapa juga boleh diguna sebagai pelembab kulit dan pelindung kulit.

#5 – Gunakan Makeup Remover Semulajadi

nutriwhite-gentle-action-makeup-removerIa bukan sekadar pembersih, malah sangat berkesan untuk menanggalkan sisa debu halus dan kotoran degil termasuk menyingkirkan kulit mati yang terdapat pada kulit wajah akibat aktiviti aktif di siang hari.

Ia tidak meninggalkan kesan berminyak dan melekit, malah sangat lembut pada kulit. Menjadikan kulit lebih terasa lembut, licin dan cantik berseri.

Gunakannya sebagai langkah pertama pembersihan wajah di malam hari atau pada waktu-waktu tertentu.

Sapu dan urutkan pada kulit muka, bilas dengan air suam secukupnya. Rasakan perbezaan penggunaan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover Shaklee. 100% asli dan berasaskan bahan semulajadi, anda tentu yakin.

Apa Kata Mereka?

Saya kongsikan kepada anda beberapa pengakuan jujur pengguna  Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover Shaklee.

Ketahui tips-tips lanjut dan perkongsian daripada mereka. Penjelasannya seperti gaya seorang pakar kecantikan. Kita lihat apa kata mereka.

Testimoni 1:

Saya baru empat hari menggunakan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover. Alhamdulillah jerawat pasir yang susah hendak hilang di dahi ini, dengan jerawat “stress” dipipi dah beransur kecut dan jadi sama rata dengan kulit asal.

Walaupun nampak lagi jerawatnya tapi sekurang-kurangnya jerawat itu sudah tak aktif . Bila saya raba dengan jari terasa licin dan lembut sahaja tak berbonggol-bonggol macam permukaan jalan.

Kemudian saya perasan bila saya tengok dekat-dekat sebenarnya permukaan kulit muka saya jadi tinggal titik-titik hitam di pori-pori selepas pakai Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni.

Itu menandakan sebelum ini pori-pori muka saya sangat tersumbat dari dalam walapun saya pakai compact selapis sahaja dan cuci muka guna Cleanser Nutriwhite dua kali sehari.

Tetapi dengan penggunaan make up remover nutriwhite ni, kekotoran itu senang dijemput keluar dengan lembut.

Sekarang saya dah tahu punca jerawat-jerawat  ini muncul di muka: semuanya sebab pori-pori yang tidak sihat. Patut lah walaupun saya konsisten telan vitamin C, vitamin E, Vivix dan alfalfa.

Kemudian tambah lagi guna masker alfalfa dan Vivix pun tetap tidak berganjak jerawat. Dah pori-pori tersumbat bagaimana toksin-toksin nak keluarkan. Dari jauh jer nampak cerah dan mulus kulit muka ini tapi dari dekat hanya tuan badan sahaja yang tahu.

Satu lagi kelebihan guna make up remover Nutriwhite ni, saya dapat lebih jimatkan penggunaan Cleanser Nutriwhite.

Malam tadi saya terpicit kuantiti cleanser yang sama dengan masa sebelum guna remover, sebesar kuku jari kelingking. sampai habis sapu pun rasa masih banyak Baki di tangan.

Membazir aje. daripada saiz cleanser yang dipicit sebesar kuku jari kelingking kena kurangkan lagi separuh. Berbaloi untuk beli make up remover Nutriwhite ni.

– Fashrina Manaf

Testimoni 2:

Alhamdulillah baru berapa hari guna Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover Shaklee, whitehead dah hilang!

Sebelum ni hari-hari mesti nak picit hidung tu kan Sekarang picit jugak sambil bertanya di dalam hati ‘kenapa whitehead dah takde’.

Hehe alhamdulillah serasi. Tahukah anda kulit bebas jerawat bukan jaminan bebas whitehead/blackhead juga?

Dan tahukah anda Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ini bukan untuk orang yang pakai mekap saja?

Orang yang mengamalkan natural beuty pun boleh guna juga.

– Farah Dilla Md Rapee

Cara Guna Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover

Ok, siapa yang belum pernah cuba, ini saya sertakan tutorial daripada Puan Irda Bay tentang penggunaan Gentle Action Makeup Remove Shaklee untuk hilangkan kotoran dan blackhead di muka.

Best sangat. Rasa sangat lembut, sangat bersih dan sangat jimat. Cubalah.

Dapatkan kulit yang bersih dan bebas cela dengan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover.

Juga, tambahkan keserlahan kejelitaan anda dengan penggunaan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee setiap hari.

Sememangnya kombinasi mereka berdua ini menjadi kegemaran saya. Inilah tips tanggalkan makeup secara semulajadi terbaik. Anda Mesti Cuba!

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

 

Facebook Comments:
5 Tips Tanggalkan Makeup Secara Semulajadi Tanpa Risiko Jerawat

View Comments

  • macam macam cara rupanya nak tanggalkan make up tapi tak tinggalkan kesan jerawat. Banyak perempuan takut dengan jerawat tu. hehe

    • Jerawat kan musuh wanita. Tak senang duduk bila tumbuh sebiji kat muka. Rasa benda tu le orang lain boleh nampak dari jauh..Hehe

  • saya bukan jenis yang bermake up..sesekali mengenakan make up, just sapu dgn johnson oil je..benda yg senang nak dpt kt rumah..lepas ni nak cuba cara yg ada kt sini..lebih2 lg yg no 5 tu..;p

  • Wanita hanya perlu percaya kepada diri sendiri untuk kelihatan cantik. Puan Jida mesti cantik & berkeyakinan tinggi ni..hehe tak perlu nak bermake-up. Anyway, kebersihan & kesihatan kulit perlu tetap dijaga, kerana wanita itu istimewa. But, natural is the key ingredient.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

2 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

2 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

3 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

3 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

3 months ago