Tingkatkan prestasi kerja adalah satu langkah penambahbaikan kendiri yang perlu diambilkira bagi mengekalkan momentum kita sama ada di dalam bidang pekerjaan ataupun bisnes.
Siapa yang sanggup untuk bertapa di satu takuk sahaja dalam masa yang begitu lama; tanpa melakukan apa-apa untuk mencipta suatu perubahan. Kita sudah tentu tidak mahu bukan?.
Namun begitu, proses penambahbaikan ini bukanlah suatu yang mudah seperti yang kita fikirkan. Ia memerlukan kesanggupan untuk mengubah persepsi diri terhadap kerjaya dan kejayaan.
Sebagaimana Allah telah memberi kepada kita nikmat umur yang meningkat daripada kecil kepada dewasa, dan seterusnya kepada tua. Setiap langkah turutan pertambahan indeks umur semulajadi ini turut membawa bersamanya pelbagai perubahan pada diri seseorang.
Menjadi semakin cekap melakukan suatu pekerjaan diantaranya; ia bukanlah suatu yang semulajadi, tetapi menuntut akal dan fizikal untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik, dan sentiasa bertambah baik.
Jadi, apakah langkah yang boleh kita iambil untuk meningkatkan prestasi kerja? Ikuti 5 tips yang saya berikan di bawah tentang bagaimana kita boleh tingkatkan prestasi kerja.
Secara umum, ramai orang membuat tanggapan bahawa rajin bekerja akan menyebabkan prestasi diri meningkat. Ianya betul. Namun, terdapat faktor lain juga yang harus kita titik beratkan. Di antaranya :
Apabila kita setia dengan kerja dan bisnes sendiri, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merugikan kerjaya dan bisnes kita sendiri. Kesetiaan adalah sesuatu perkara yang sangat penting.
Tanpa kesetiaan, kita tidak akan mampu bertahan lama di dalam bidang yang kita ceburi. Oleh itu, yang pertama sekali ialah cintai profession kita dan suka apa yang kita lakukan, tak kira sama ada kita pendidik, pekerja bawahan, jurutera, ahli perniagaan dan segalanya.
Kejujuran adalah sikap berterus terang dan tidak ada agenda disebalik sesuatu yang kita usahakan. Ia juga bermakna bahawa kita sangat mengambil berat tentang persaingan secara sihat di dalam kerja dan bisnes kita.
Orang yang jujur tidak akan ‘makan kawan‘ dan tidak akan ‘menabur pasir ke dalam periuk nasi‘ rakan seperjuangan mereka sendiri. Bekerja dan berniaga secara jujur akan mewujudkan semangat dan motivasi untuk menjadi antara yang terbaik. Atau dengan kata lain, bersainglah secara sihat dan tingkatkanlah prestasi kerja masing-masing.
Semangat di dalam melakukan sesuatu pekerjaan sememangnya dituntut supaya kita kekal berdaya saing dan fokus. Prestasi kerja biasanya akan meningkat apabila kita sedang dalam fasa bersemangat sambil melakukan kerja yang kita minati.
Tanpa semangat, tidak mungkin akan ada usaha keras dan tidak mungkin akan ada hasil sebagaimana yang kita impikan. Ini kerana semangat merupakan faktor yang sangat penting dalam meningkatkan prestasi kerja dan bisnes kita.
Jangan beri ruang kepada setiap kesilapan yang telah kita lakukan bagi mencipta alasan untuk mengalah. Jadikan kesilapan itu sebagai titik tolak untuk mempelajari kesan setiap tindakan yang bakal kita ambil di masa akan datang.
Terima kesilapan dan memperbaiki kesalahan adalah tindakan yang mulia sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang kerjaya sendiri. Jangan berhenti dan teruskan mencuba.
Mungkin suatu hari nanti satu kejayaan bakal tercipta hasil daripada kebijaksanaan anda mengatasi setiap kegagalan.
Kita tidak hanya dituntut bergaul dengan individu yang hampir dengan kita sahaja.
Bahkan kita juga dituntut supaya bergaul dalam kalangan masyarakat umum. Oleh itu, kita hendaklah pandai menempatkan diri dan menjaga diri supaya diri kita diterima oleh masyarakat awam.
Sebagai tambahan, berada dalam kalangan masyarakat yang baik dan positif akan turut menjadikan kita berkongsi kebaikan yang sama. Begitulah sebaliknya.
Jika anda seorang majikan yang ingin meningkatkan prestasi pekerja anda, video tips mudah meningkatkan prestasi pekerja berikut boleh membantu anda.
Untuk meningkatkan prestasi kerja, kita harus mempunyai sifat ini; bijaksana, teliti dan disiplin.
Untuk berjaya, kita tidak hanya perlu mempunyai kecerdasan intelektual yang tinggi, tetapi kecerdasan emosi dan semangat juga sangat penting.
Jika kita mempunyai ketiga-tiga kecerdasan ini, prestasi kerja kita akan meningkat dengan mudah seterusnya kita mampu menjadi orang yang berjaya. InsyaAllah…
Di sini, saya kongsikan satu video tentang salah satu aletrnatif yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi kerja. Ya, dalam bentuk permainan. Kreatif bukan?. Anda nak tahu?
Jom! lihat dan dengar apa kata mereka di dalam video ini:
Macamana? kalau dah tengok sampai habis, apakah pendapat anda?
Ia adalah salah satu usaha yang dikembangkan oleh Shaklee Presidential Master Hadhatina dan Mohd. Kamarul Baharin.
Ia bertujuan memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan prestasi SID (Shaklee Independent Distributor) bagi memberi idea dan mengenalpasti cabaran di dalam mengharungi bidang perniagaan untuk berjaya.
Bagi saya ia sememangnya suatu yang santai dan seronok.
Mahu cuba bermain tak? InsyaAllah. Sama-sama kita tingkatkan prestasi kerja dan bisnes kita ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang. Amin.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More