Ramai dalam kalangan kita menganggap bahawa rumah kita adalah tempat paling selamat untuk ahli keluarga. Dari segi kawalan keselamatan untuk menangani kes pencerobohan mungkin ya. Tetapi bagaimana dari segi keselamatan persekitaran untuk kesihatan?

Di rumah kita terdapat pelbagai bahan untuk kegunaan harian yang mungkin berisiko membahayakan kesihatan tanpa kita sedari. lebih membimbangkan ia mudah memberi kesan kepada kanak-kanak secara tidak langsung.

Ini termasuklah penggunaan bahan pencuci untuk kegunaan di rumah. Adakah ia bahaya? Sejauh mana pula bahana bahayanya? Serius? So, apa alternatifnya? Ok, kita bincangkannya di dalam artikel ini.

Bahaya Bahan Pencuci Yang Kita Perlu tahu

Bahan pencuci ditakrifkan sebagai bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau pelbagai jenis permukaan, dan tidak digunakan pada badan manusia. Ia boleh tersedia dalam bentuk serbuk, cecair larutan atau semburan.

Secara amnya, sejajar dengan fungsi “mencuci”, ia lazimnya mengandungi agen aktif yang bertindakbalas terhadap permukaan (surfactant atau Surface Active Agent).

Surfaktan terdiri daripada molekul yang bertindak mengurangkan ketegangan permukaan air untuk membolehkannya bergabung dan tersebar secara seragam. Surfaktan juga berfungsi menembusi, melemahkan ikatan dan memerangkap bendasing seperti kotoran, minyak, gris dan sebagainya bagi memudahkan proses pencucian di sebarang jenis permukaan.

Mungkin sukar kita untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada pelbagai jenis bahan toksik yang terkandung juga di dalam pelbagai jenis bahan pencuci di rumah. Antaranya ialah phatalates, ammonia, klorin, triklosan, butoxyethanol, sodium hidroksida dan pelbagai lagi. Dan mereka ini diklasifikasikan sebagai “bahan toksik” umum.

Kesan jangka panjang hasil daripada terdedah kepada bahan-bahan toksik ini boleh memberi kesan biasa atau kronik terhadap masalah penyakit sistem respiratori, masalah penyakit kulit, masalah kesuburan atau paling teruk; menjadi penyebab utama masalah kanser.

Adakah Kotor itu Lebih Baik?

Sebaliknya adakah membiarkan rumah kita diselaputi kotoran itu lebih baik berbanding membersihkannya dengan berbagai jenis bahan toksik? Tahukah anda? kajian saintis di Amerika telah mengeluarkan teori bahawa;

        Dengan melindungi anak-anak daripada segala jenis kotoran dan kuman, kita sebenarnya secara tidak langsung telah merosakkan sistem imun tubuh mereka sendiri; daripada kemampuan untuk berkembang dan berfungsi dengan lebih baik.

www.ethicalconsumer.org

Teori ini dikemukakan pada tahun 1989, di mana mereka sukar untuk memahami bagaimana banyak kes penyakit atopik seperti alahan (alergi), asthma (lelah) dan ekzema (penyakit kulit) boleh berlaku silih berganti dalam kalangan kanak-kanak.

Baca Juga :  Sabun Cuci Baju Yang Bagus Mampu Menghalang Penghasilan Karat

Pelbagai faktor cuba dikenalpasti, namun akhirnya mereka bersetuju bahawa penggunaan bahan antibakteria secara berleluasa di rumah yang mengandungi Triclosan dan Nanosilver mungkin adalah punca utamanya secara umum.

Itu dahulu, bagaimana dengan hari ini? Pelbagai jenis bahan pencuci sintetik telah wujud sekarang dan mungkin salah satunya sedang aktif kita gunakan. Jika kita sedar tentang bahayanya, adakah seolah-olah kita sedang membenarkan perkara ini sedang berlaku? Cuba periksa sekarang!

Tukar Bahan Pencuci Adalah Langkah Terbaik

Sebagai alternatifnya, daripada membiarkan persekitaran rumah kita terus kotor kita boleh mengambil langkah untuk bertukar jenis bahan pencuci di rumah.

Ya, sama ada menggunakan kaedah pencucian klasik (petua atau pencuci homemade berasaskan bahan semulajadi) atau pilih bahan pencuci terbaik yang bebas toksik, selamat dan tidak membahayakan kesihatan.

9 Sebab Kenapa Perlu Pilih Basic H2

Salah satu langkah menukar jenis bahan pencuci rumah ialah dengan Bahan Pencuci Serbaguna Basic H2 daripada Shaklee. Kenapa? berikut adalah 9 sebabnya:

+1 – Hindari Persekitaran Rumah Anda dari Bahan Toksik

Periksa semua label botol bahan kimia  yang biasa digunakan di dalam rumah. Ini termasuk bahan pencuci lantai, pembersih tingkap dan dapur yang biasanya kita simpan di bawah singki, stor dan garaj.

Adakah bahan-bahan pencuci dan pembersih ini mengandungi ammonia, pencuci klorin, phenol, pelarut butyl cello atau formaldehyde?

Jika jawapannya “YA”, fikir dua kali untuk bebaskan persekitaran rumah anda dari segala bahan bertoksik. Bahan-bahan ini berupaya memberi kesan negatif kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak jika terdedah kepadanya secara berpanjangan.

Bertukarlah kepada pencuci sebaguna Basic H2 kerana ia bebas toksik dan selamat untuk keluarga dan persekitaran kehidupan anda.

+2 – Bukan Sekadar Biasa, Ia Pencuci Serbaguna

Bagaimana Basih H2 dikatakan sebagai serbaguna? Ia mampu mencuci bukan sahaja semua kotoran yang terdapat di kawasan dapur dan bilik air; malah ia boleh mencuci perabot kemasan kayu, cermin, dinding, lantai dan juga tingkap.

Hanya beberapa titik Basic H2 sudah memadai untuk membersihkan kesemuanya. Jangan terkejut jika Basic H2 juga boleh digunakan untuk mencuci kereta!

Baca Juga :  Cara Cuci Kipas Siling Yang Mudah Dan Berkesan

+3 – Anti Kotoran Degil

Terkena lipstik pada pakaian?

Hasil kreativiti contengan anak-anak pada dinding bilik?

Baju dan kasut sekolah hitam legam?

Serahkan kuasa penanggal kotoran degil ini kepadanya, mujur ada Basic H2.

+4 – Menanggalkan Kesan Gris

Selepas memasak di dapur tentunya banyak kesan minyak terpercik atau gris pada peralatan memasak anda. Pencuci biasa mungkin sukar untuk menghadapi masalah ini.

Namun ia menjadi kerja mudah bersama Basic H2. Mencuci bersih dapur masak, malah oven, grill barbeku, pemanggang roti, perkakasan dan dinding dapur anda.

+5 – Lakukan Misi Mustahil

Basic H2 ternyata mampu mempermudah kerja-kerja rumah seharian anda. Walaupun untuk kerja pembersihan yang sangat jarang dilakukan.

Campurkan sesudu Basic h2 pada sebaldi air suam, ia memudahkan kerja menanggalkan wallpaper atau kertas dinding anda yang sudah lama untuk diganti baru. Kerja menghias dinding rumah tentu menjadi lebih seronok.

Campurkan suku sudu teh Basic H2 pada setengah gelen air dalam bekas. Masukkan berus cat yang baru lepas digunakan. Rendam selama 24 jam, kemudian cuci dengan air panas. Ia kembali bersih seperti baru.

+6 – Jimat Duit Belanja

Tak perlu guna pelbagai jenis dan jenama pencuci untuk satu misi yang sama. Harga seunit Basic h2 sememangnya berpatutan setanding dengan fungsinya sebagai pencuci serbaguna.

Penggunaan minimum hanya beberapa titik sahaja sudah mampu untuk melakukan kesemua misi biasa dan mustahil kerja-kerja pencucian.

+7 – Mudah Dibawa Ke mana Sahaja

Isikan beberapa titik Basic H2 atau suku sudu teh kedalam botol semburan isian 500ml. Letakkan di dalam kereta supaya mudah digunakan semasa di luar rumah bila perlu ketika berjalan jauh.

Atau bawa bersama ke aktiviti perkhemahan atau berpiknik sama ada di tepi pantai atau lata air terjun. Tinggalkan alam sekitar dengan keadaan sebaiknya, tanpa sebarang pencemaran hasil pembersihan bertoksik. Alam sekitar yang subur dan selamat perlu diwariskan untuk generasi akan datang.

+8 – Mesra Alam

Mudah dilupuskan atau biodegradasi serta mesra alam sekitar. Basic H2 berupaya mencuci bersih segala keperluan tanpa bahan kimia fosfat, borate, nitrat atau sebarang bahan cemar lain yang berupaya merosakkan alam sekitar.

Baca Juga :  Cara Cuci Kipas Siling Yang Mudah Dan Berkesan

Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

+9 – Super Concentrate dan Super Jimat!

Basic h2 diperbuat melalui proses khas untuk menjadikannya cecair pencuci berkepekatan sangat tinggi. Hanya sedikit sahaja penggunaannya sudah cukup untuk pencucian maksima sebersih-bersihnya.

Bukan itu sahaja matlamatnya, berpandangan lebih jauh lagi. Sebotol Basic H2 mampu bertahan untuk penggunaan selama berbulan-bulan (bergantung kepada kekerapan penggunaan). Lebih kerap guna, lebih baik.

Hanya perlu bertukar kepada Basic H2, anda mampu berjimat sepanjang tahun untuk misi pencucian anda. Ia SUPER JIMAT.

Cara Guna Basic H2
Kerja Membersih Rumah Semudah 1-2-3

Jom dapatkan lebih info mengenai Basic H2 daripada saya. Hubungi segera;

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

 

Facebook Comments:
9 Sebab Ini Buat Kita Ingin Tukar Bahan Pencuci Yang Ada di Rumah Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.