1 2
Masalah Kesihatan Umum

Fitosterol Mampu Turunkan Kadar Kolesterol Secara Semulajadi

Kolesterol ialah bahan berlemak yang ditemui dalam darah. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada:-

  1. Pemakanan
    • Kolesterol dari pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron
  2. Pengeluaran oleh hati
    • Hati juga mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

10 Makanan Tinggi kolesterol

Kolesterol Jahat vs Kolesterol Baik

Tidak semua kolesterol adalah jahat. Dalam darah kita ada 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat.

Kolesterol jahat (LDL) adalah kolesterol yang terhasil daripada metabolisme antara kolesterol dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah. Manakala Kolesterol baik (HDL) adalah kolesterol yang bergabung dengan lipoprotein ketumpatan tinggi.

Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kadar Kolesterol Jahat (LDL) yang lebih tinggi berbanding Kolesterol Baik (HDL).

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil Atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Punca Atherosclerosis

Fitosterol Mampu Turunkan Kadar Kolesterol Secara Semulajadi

Apa Itu Fitosterol?

Fitosterol atau phytosterol adalah sejenis lemak yang yang berasal dari sumber makanan semulajadi atau tumbuh-tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi sama macam kolesterol dalam tubuh kita. Walaupun sama-sama dari golongan lemak, fungsi fitosterol adalah berbeza dengan kolesterol. Kolesterol akan meningkatkan kadar plasma darah manakala fitosterol pulak berfungsi dengan menurunkan kadar kolesterol darah.

Apakah Manfaat Fitosterol

Fitosterol mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ia berfungsi sebagai antipembentukan plak dalam pembuluh darah, sebagai agen antiradang dan bertindak sebagai bahan antioksidan dan mempunyai ciri-ciri bahan antikanser yang baik.

Bagaimana Fitosterol Menurunkan Kolesterol

Apabila jumlah fitosterol lebih banyak di dalam darah, ia mampu bersaing dengan kolesterol yang ada di dalam darah. Tubuh lebih cenderung untuk menyerap fitosterol berbanding kolesterol. Akibatnya, kolesterol tidak akan diserap atau hanya sedikit diserap ke dalam tubuh. selebihnya akan disingkirkan dari tubuh kita.

Ingin dapatkan vitamin fitosterol untuk bantu atasi masalah kolesterol anda? Hubungi kami sekarang. dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif untuk setiap pembelian.

Hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Fitosterol Mampu Turunkan Kadar Kolesterol Secara Semulajadi

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago