1 2
Nutrisi Vitamin

6 Cara Bagaimana Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Vitamin C dan Sistem Imun

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada mendapat pelbagai bentuk ancaman penyakit di setiap masa dan setiap hari. Serangan penyakit ini tidak kira ia datang daripada pelbagai sumber sama ada dari luaran atau dalaman tubuh.

Ancaman luaran seperti bahan dan partikel berbahaya, kesan persekitaran, virus, bakteria dan sebagainya sentiasa mencari peluang untuk masuk dan menyerang tubuh.

Ancaman dalaman pula adalah penyakit yang datang dan wujud secara senyap dalam tubuh kita sendiri. Radikal bebas, sel tumor, sel kanser dan sebagainya sentiasa membawa impak kesihatan yang buruk secara senyap seperti risiko penyakit kronik jika tidak dikawal sebaiknya.

Kombinasi kedua ancaman ini akan memberikan kesan yang lebih buruk atau fatal jika tubuh kita sentiasa tidak bersedia untuk menghalang dan melawan atau mengawalnya. Pendek kata, sistem tubuh yang tidak mempunyai sokongan perlindungan yang baik dan cekap akan lebih mudah terdedah kepada risiko sebegini.

Adakah anda sudah bersedia? Bagaimanakah cara yang paling baik untuk meningkatkan tahap perlindungan atau sistem pertahanan tubuh kita?

Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun

6 Cara Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Antara saranan yang perlu diambil ialah dengan meningkatkan pengambilan vitamin C secara harian.

30 Jenis Makanan Tinggi Vitamin C – Kategori buah-buahan dan Sayuran

Pengambilan vitamin C yang mencukupi sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan penyakit.

Bagaimana vitamin C boleh membantu menguatkan sistem imun? Berikut adalah 7 cara bagaimana vitamin C dapat meningkatkan sistem imun tubuh kita.

+1 – Vitamin C Membantu Pengeluaran Sel Darah Putih

Komponen Dalam Darah

Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada 4 komponen utama iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.

Sel darah putih atau leukosit ini hanya mewakili 1% kandungan dalam darah, tetapi ia mempunyai impak yang sangat tinggi kepada sistem pertahanan tubuh dan memainkan peranan utama dalam sistem imun manusia.

Stem sel di dalam sum-sum tulang adalah tempat asal dimana sel darah putih dihasilkan. Lebih kurang 80 – 90% sel darah putih tersimpan di dalam sum-sum tulang.

Salah satu sebab mengapa ramai daripada kita gemar mengambil suplemen vitamin C adalah untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Ini kerana vitamin C memainkan pelbagai peranan dalam sistem imun dari segi mempertingkatkan pengeluaran dan fungsi sel darah putih serta melindunginya daripada cepat rosak akibat tekanan oksidatif.

Also known as ascorbic acid, vitamin C helps to stimulate the production and function of many types of white blood cells and also protects certain white blood cells

– Dr. David Greuner of NYC Surgical Associates

3 komponen utama dalam sel darah putih yang menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sistem imun tubuh adalah limfosit, granulosit dan monosit.[irp posts=”210236″ name=”Kepentingan Vitamin C yang Perlu Anda Tahu”]

+2 – Vitamin C Menyokong Pengeluaran Antibodi

Antibodi

Limfosit merupakan salah satu komponen sel darah putih yang mempunyai peranan tersendiri dalam sistem imun tubuh manusia.

Limfosit terdiri daripada 3 kategori: B-Limfosit, T-Limfosit dan Sel Pembunuh Semulajadi (NK – Natural killer).

B-limfosit mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan antibodi tertentu dengan fungsi spesifik bagi menghalang dan memusnahkan antigen.

Antibodi atau Immunoglobulin adalah sejenis protein berbentuk-Y yang berfungsi menangkap antigen yang masuk ke tubuh manusia dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk memusnahkannya.

Antigen merujuk kepada bendasing berbahaya penyebab penyakit (patogen dan partikel barbahaya) yang merangsang sistem imun mengeluarkan antibodi.

Jadi, keperluan vitamin Cadalah sangat membantu fungsi kerja limfosit untuk menghasilkan antibodi dan membantu melambatkan kerosakannnya akibat kesan tekanan oksidatif.

Baca Juga >> 4 Kepentingan Utama Vitamin C Kepada Manusia

+3 – Vitamin C Menyokong Aktiviti Fagositosis

Proses Fagositosis

Fagosit adalah sejenis dalam sel darah putih yang mempunyai keupayaan untuk memerangkap, menelan dan menghadam patogen & partikel berbahaya serta memusnahkannya secara enzimatik.

Proses ini dinamakan fagositosis, yang merupakan salah satu cara bagaimana sistem imun bekerja dan bertindakbalas terhadap bendasing yang memasuki tubuh untuk membawa risiko penyakit.

Neutrofil dan monosit dalam granulosit sel darah putih memiliki keupayaan fagositosis yang istimewa ini. Mereka dikatakan sebagai sel-sel imun yang pertama sekali datang ke kawasan kejadian yang dikesan terdapat berlakunya jangkitan.

Vitamin C dikatakan dapat membantu secara tidak langsung terhadap fungsi sel fagosit ini. Tekanan oksidatif akibat proses peneutralan patogen berbahaya sudah tentu boleh menyebabkan sel-sel fagosit lebih cepat musnah dan mempunyai jangkahayat yang lebih pendek.

Tekanan Oksidatif (Oxidative Stress) ialah ketidakseimbangan antara bilangan radikal bebas dan antioksidan di dalam tubuh.

Sel tubuh mengeluarkan radikal bebas semasa menjalakan proses metabolik sel yang normal. Sel tubuh juga mengeluarkan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. Tubuh yang normal dan sihat mampu mengawal keseimbangan radikal bebas-antioksidan ini.

Jumlah radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh dengan penurunan sumber agen antioksidan akan menyebabkan kelemahan sistem imun dan membawa risiko penyakit kronik.

Baca Juga >> Tips Memilih Vitamin C Terbaik Di pasaran

+4 – Vitamin C Menyokong Pengeluaran Interferon

Interferon (IFN) adalah sejenis protein yang terlibat secara langsung dalam fungsi sistem pertahanan tubuh. Ia dikeluarkan secara automatik apabila sistem imun dapat mengesan kehadiran partikel berbahaya atau patogen yang masuk ke dalam tubuh.

Patogen seperti virus, bakteria, fungus, parasit dan sel tumor akan sentiasa cuba masuk untuk menyerang dan merosakkan sistem tubuh. Jadi, sistem imun akan menghasilkan interferon sebagai tindakbalas perlindungan menghalang serangan dan memusnahkan patogen tersebut.

Patogen adalah organisma dalam tubuh yang menyebabkan penyakit (agen jangkitan). Terdapat 4 jenis patogen iaitu virus, bakteria, fungus dan parasit (protozoa & cacing).

Keperluan vitamin C amat penting untuk membantu penghasilan interferon. Interferon sangat membantu sistem komunikasi antara sel-sel tubuh supaya dapat menghalang patogen (virus, bakteria dan fungus) daripada masuk dan melakukan proses replikasi di dalam sel.

Kekurangan vitamin C secara tidak langsung akan menyebabkan sistem pertahanan tubuh menjadi lemah dan sel tubuh menjadi lambat untuk bertindaklabas terhadap kehadiran serangan dan ancaman patogen.[irp posts=”609″ name=”Tips Memilih Vitamin C Yang Bagus Untuk Kesihatan Diri”]

+5 – Vitamin C adalah Antioksidan yang Sangat Kuat

Antioksidan bermaksud sejenis bahan yang boleh menghalang atau melambatkan kerosakan sel yang disebabkan oleh kewujudan radikal bebas iaitu molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh tubuh akibat persekitaran dan tekanan oksidatif.

Kewujudan radikal bebas berpunca daripada elemen persekitaran luaran seperti pencemaran, sinar UV & asap rokok; dan juga daripada apa yang kita makan & minum setiap hari.

Jumlah radikal bebas yang terkawal akan menyebabkan proses penuaan berlaku kepada manusia secara normal.

Terlalu banyak radikal bebas dan tidak terkawal akan menyebabkan risiko lebih buruk kehadiran penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Terdapat 3 jenis antioksidan yang utama, salah satunya yang paling kuat ialah Vitamin C (selain Vitamin E dan Beta-Karoten).

Kebolehupayaan antioksidan meneutralkan radikal bebas sangat membantu kekuatan serta ketahanan sel.

Jadi secara tidak langsung, kehadiran vitamin C yang mencukupi juga sangat membantu sistem imun melawan radikal bebas dan meningkatkan kerintangan tubuh terhadap ancaman jangkitan, virus dan penyakit.

Baca Juga >> Kesan Buruk Kekurangan Vitamin C Kepada Kita

+6 – Vitamin C Menggalakkan Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat dalam tubuh manusia. Ia adalan komponen utama dalam struktur pembentukan kulit.

Kolagen pada kulit berperanan untuk menguatkan jalinan antara sel, elastisiti dan juga mengekalkan hidrasi supaya ia kekal sihat dan kuat. Jadi, vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan, keanjalan dan kulit yang gebu.

Namun, kulit juga memiliki fungsi sistem pertahanan tubuh yang utama. Ini adalah kerana, kulit merupakan barisan pertama dalam mekanisme sistem pertahanan tubuh. Ia bertujuan menghalang serangan bendasing, patogen dan partikel berbahaya daripada dapat masuk ke dalam tubuh.

Mikroorganisma termasuk patogen pembawa penyakit yang hidup diluar kulit tidak akan dapat masuk ke dalam tubuh kita kecuali jika ia rosak, terbuka atau luka.

Kulit yang sihat dan normal mengandungi konsentrasi kandungan vitamin c yang tinggi. Vitamin C ini berfungsi merangsang proses sintesis kolagen

Apabila kulit luka, vitamin C akan sangat aktif dipindahkan ke lapisan epidermis dan dermis untuk membantu penghasilan kolagen bagi menjalankan tujuan pembaikpulihan sel dengan lebih cepat.

Luka yang terbuka akan menjadi pintu masuk dan meningkatkan lagi risiko jangkitan penyakit kepada tubuh. Jadi, fungsi vitamin C menjadi sangat penting untuk membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka.

[irp posts=”6175″ name=”Sustained Release Vita-C Plus”]

Kelemahan Vitamin C Yang Sungguh Tidak Disangka-sangka

Begitu banyak kelebihan dan manfaat vitamin C terhadap kesihatan tubuh manusia, terutamanya dari segi membantu meningkatkan mekanisme sistem imun tubuh.

Ralatnya, ia mempunyai satu kelemahan. Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri dalam tubuh manusia!.

Ini bermakna kita memerlukan sumber luar untuk membekalkan Vitamin C ke dalam tubuh kita. Faktor pemakanan seharian adalah jalan masuk utamanya.

Sumber vitamin C perlu ada dalam diet pemakanan kita setiap hari. Terdapat banyak sumber makanan terutamamnya buah-buahan dan sayuran yang sangat kaya dengan kandungan vitamin C.

Namun, pengambilan suplemen juga amat digalakkan bagi memastikan keperluan vitamin C kita setiap hari adalah mencukupi  bagi menyokong kecekapan dan keberkesanan fungsi sistem tubuh.

Adakah anda sudah memiliki jenama suplemen vitamin C yang bagus anda sendiri atau masih tercari-cari lagi? Saya syorkan pilihlah jenama pengeluar vitamin C yang boleh dipercayai dari segi ketulenan sumber, keberkesanan dan keselamatan pemakanannya.

Dapatkan vitamin C anda hari ini! Kami boleh berikan suplemen vitamin C terbaik untuk anda. Hubungi kami sekarang untuk pertanyaan lanjut, lebih info dan kosultasi secara percuma.

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
6 Cara Bagaimana Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

2 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

2 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

3 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

3 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

3 months ago