Hari ini banyak kita lihat iklan vitamin untuk kanak-kanak. Samada di billboard highway, media sosial, media kertas mahupun media tv terutamanya.

Adakah benar kanak-kanak perlukan vitamin untuk lebih sihat atau sekadar vibes untuk melariskan pasaran vitamin dan suplemen di Malaysia?

Jika merujuk kepada pakar pemakanan, mereka menyatakan ia tidak semestinya menjadi keperluan untuk memilih sebarang suplemen.

Apa yang penting, ibu bapa perlu memberi keutamaan kepada sumber diet seimbang dalam pemakanan harian anak-anak mereka sendiri.

Ia sudah memadai jika benar-benar diamalkan serta mengandungi pelbagai sumber vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tumbesaran sihat anak-anak.

Vitamin dan mineral penting ini boleh didapati dengan mudah daripada sumber pemakanan harian. Antaranya termasuklah daripada:

  • Sumber susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt yang rendah lemak
  • Sumber buah-buahan segar, sayur-buah dan sayuran berdaun hijau
  • Sumber protein daripada daging putih (ayan dan ikan, daging merah dan telur)
  • Sumber serat daripada oatmeal, beras perang dan kekacang

Teori Vs Realiti Diet Kanak-Kanak 

Nampak dari segi teorinya mudah, kanak-kanak tak perlukan vitamin tambahan.

Namun realitinya hari ini, ibu bapa semakin hilang hak mutlak untuk menentukan tabiat pemakanan anak-anak mereka. Tidak seperti suatu ketika dahulu.

Kini, pembentukan tabiat pemakanan anak-anak yang semakin membesar dipengaruhi oleh beberapa pengaruh utama, iaitu:

#1: Ibu Bapa

Bagi ibu bapa, secara idealnya kita memang sangat-sangat inginkan anak-anak kita makan apa yang kita sediakan. Makanan yang kita fikirkan memang sudah lengkap dengan semua sumber penting.

Namun, apa yang buat kita stress ialah perangai budak-budak.

Fasa membesar adalah fasa paling kronik kanak-kanak (terutamanya 5 tahun ke atas) untuk mencuba sesuatu yang baru dan menerima apa yang kita (ibu-bapa) perkenalkan kepada mereka, termasuk bab makanan.

Jika anak-anak boleh menerima dengan baik, Alhmdulillah. Tapi kebiasaanya mereka sangat cerewet, memilih atau jadi “picky-eater“. Ibu-bapa terpaksa bersabar dengan kerenah mereka dalam memilih makanan.

Memang ibu akan berpesan kepada anak jangan makan makanan itu dan ini (makanan tidak berkhasiat). Namun ibu bapa harus sedar yang anak sememangnya akan terdedah dengan pelbagai jenis makanan tersebut.

Ibu bapa tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan diingatkan bahawa tabiat pemakanan sihat itu sememangnya bermula dari rumah…

Sumber: Awasi Diet Anak-anak – Utusan Malaysia

#2 – Pengaruh Persekitaran

Pengaruh persekitaran seperti keluarga, orang dewasa, rakan sebaya dan iklan tentang makanan sering menjadi faktor yang membentuk selera anak-anak.

Semakin membesar, mereka semakin kenal dan terdedah kepada dunia dan pengaruh luar.

Sekolah adalah antara tempat yang paling berkesan mereka terpengaruh dengan tabiat pemakanan daripada rakan sebaya.

Bagi kanak-kanak yang bijak, yang selalu ditanam kesedaran tentang makanan yang baik dan tidak baik, mungkin mereka boleh terselamat dan ibu bapa rasa “secure”.

Bagi kanak-kanak yang berani dan mudah menerima sesuatu yang baru mungkin sedikit menyukarkan penguasaan ibu bapa terhadap tabiat pemakanan mereka.

#3 – Kualiti Sumber Makanan

Lambakan junk food atau makanan segera baik untuk dewasa mahupun kanak-kanak sangat mudah didapati. Keadaan ini menyebabkan selera anak lebih cenderung untuk memilih jenis makanan ini.

Kurang minat terhadap buah-buahan dan sayuran ataupun makanan sihat lain boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang buruk akibat sukakan junk food.

Ketagihan minuman berkarbonat, makanan segera dan kurang nutrisi makanan yang sihat membawa kesan kegemukan atau obesiti serta membawa risiko penyakit lebih awal datang di usia kanak-kanak lagi.

Teknologi penghasilan makanan semulajadi daripada kategori sayur-sayuran, buah-buahan dan daging serta ikan juga tidak kurang yang membawa bahaya tersembunyi akibat penggunaan bahan/baja kimia yang boleh membawa risiko lebih buruk.

Jadi apa pilihan yang kita ada? itulah kualiti sumber makanan yang kita ada hari ini untuk diri kita dan anak-anak.

Adakah Kanak-kanak Perlukan Vitamin Tambahan?

Realitinya, tidak semua ibu bapa boleh menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka setiap masa.

Keperluan bekerja, kekangan masa dan faktor kehidupan mungkin sebab utama kita terpaksa berserah dengan situasi dan keadaan. Kita juga berharap anak-anak dapat sumber pemakanan yang baik apabila berada diluar penjagaan kita buat sementara.

Dari segi aspek penjagaan pemakanan, memang kita akui menjaga anak-anak yang masih bayi sehingga berumur 3 adalah tahun adalah lebih mudah.

Menjelang umur lebih daripada 3 tahun, ia sudah mula terdedah kepada pengaruh orang lain dan juga faktor persekitaran.

… kesukaran memenuhi amaun nutrien dapat diatasi dengan pengambilan makanan yang diperkaya. Walau bagaimanapun, supplemen vitamin dan mineral boleh diberi di bawah penyeliaan perubatan.

Sumber: Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi & Kanak-kanak Kecil

Menjelang anak-anak berumur lebih daripada 3 tahun, mereka mula memiliki persepsi tersendiri dengna pemakanan.

Pada peringkat ini, mereka mula belajar dan sensitif terhadap rasa, tekstur dan warna makanan.

Dalam hal ini, pengambilan multivitamin dan mineral boleh dicadangkan untuk anak-anak jika:

  • Kanak-kanak yang tidak makan secara tetap, tidak makan secara seimbang daripada sumber makanan pelengkap harian.
  • Kanak-kanak “Picky Eater” iaitu terlalu memilih makanan dan sering menolak makanan tertentu serta sukar untuk mendapat nutrisi makanan lengkap yang mencukupi
  • Kanak-kanak yang ada masalah kesihatan yang kronik seperti asma atau masalah sistem penghadaman dan sedang menjalani rawatan tertentu. Nasihat doktor adalah sangat diperlukan sebelum pengambilan.
  • Kanak-kanak yang ketagih atau terlalu banyak makan makanan segera atau makanan sedia proses yang dikenalpasti tidak mengandungi nutrisi yang baik
  • Kanak-kanak yang mengamalkan diet vegetarian. Mereka mungkin perlukan makanan tambahan berbentuk suplemen kaya zat besi dan suplemen kalsium.
  • kanak-kanak yang ketagih minum minuman berkarbonat yang memberi kesan negatif kepada penyerapan vitamin dan mineral di dalam tubuh.

Adakah Anak Kita Makan Dengan Sempurna

 

Kesan Kekurangan Nutrisi Kepada Anak

 

Kajian Keperluan Nutrisi Ke Atas Perkembangan Minda Kanak-kanak

 

 

Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Vitalea for Children ni kecil-kecil cili padi. Sama macam anak kita lah. Power vitamin ni.  Ia mengandungi 18 keperluan Vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tumbesaran dan kesihatan kanak-kanak.

Rasa anggur yang sangat sedap. Mengandungi xylitol dan pemanis semulajadi. Ia juga tiada perasa, pemanis, bahan tambah tiruan dan bebas gluten.

Jangan risau kerana ia tidak menyebabkan berlakunya kaviti. So, makan Vitalea For Children ni takkan buat gigi anak kita rongak.

Kepentingan setiap nutrisi dalam vitalea for children :

  • Vitamin A – Penglihatan yang baik
  • Vitamin C – gusi, gigi dan kulit yang sihat, imun sistem lebih tinggi
  • Vitamin D – membantu kesihatan tulang
  • Vitamin E – kulit yang cantik, tingkatkan imun sistem
  • B complex (8 jenis vitamin B perlu) – membantu dalam pembesaran minda, penghasilan tenaga dan fokus
  • Calcium – membantu kesihatan tulang
  • Zat besi – membantu dalam penghasilan sel darah merah
  • Iodin – pertumbuhan yang normal, penghasilan hormon
  • Magnesium – membantu kesihatan tulang
  • Zinc – sistem imunisasi dan merawat luka
  • Copper – membantu kesihatan tulang

Jom bayangkan bersama-sama saya.

Anak-anak kita perlu ambil semua makanan dibawah untuk mendapat nutrisi setara vitalea for children ni.

  • Vitamin A (2500 IU) : 1.5 cawan cantaloupe
  • Vitamin X (60mg) : 6 oz jus oren
  • Vitamin D (400 IU) : 3 gelas susu
  • Vitamin E (30 IU) : 10 sudu besar lepa kacang tanah
  • Folik asid (400 mcg) : 4 cawan brokoli
  • Zat besi (6mg) : 1.5 cawan bayam
  • Magnesium (40 mg) : 6.5 cawan taugeh
  • Zinc (5 mg) : 3 cawan kacang merah

So, agak-agak mampu tak mereka ambil sebanyak tu untuk dapat khasiat setara sebiji vitalea for children ni.

 

 

Testimoni Pengguna Vitalea For Children

Alhamdulillah dh 3minggu Humaira’ consume vitalea chewable…dah xda lg sembelit mcm dlu…hari2 membuang..selera makan pun bukan main lg,semua dia bedal….2hari lepas humaira’ demam dan merengek2 sakit perut mayb sbb cuaca yg x mnentu n dia overdose mkn..haha..bawa p klinik kesihatan,suhu naik 38’c,tp perut ok ja xda mslh…balik umah ummi nak bg la mkn ubt doktor,dia xmau…dia kata nak ubat vitamin jer….bg mkn vitalea n mnum air masak,dia trus tidur..Alhamdulillah bgun pg esok tu,dh x demam dh…syukur Alhamdulillah, Humaira’ jarang2 sekali kena selesema@batuk2,demam pun singgah sekejap2 jer…kulit dia yg alergik sebelum ni pun dh ok..klau kena gigit nyamuk pun dh x melarat mcm dlu…

p/s:kalau anda sayangkan anak anda,berilah dia perlindungan yang secukupnya…jangan berkira2 utk melabur demi kesihatan anak tersayang…mencegah itu lebih baik dr merawat…

– Siti Nur Humaira’

 

Order

Dapatkan multivitamin terbaik untuk anak anda sekarang. Belian daripada yourfabulousmama.net melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi berterusan tanpa had.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Multi Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak Yang Ibu Patut Cuba

2 thoughts on “Multi Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak Yang Ibu Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published.