Kami tidak akan bazirkan masa anda untuk penerangan perkara yang remeh-temeh. Tetapi maklumat yang bakal diperolehi ini adalah sangat penting untuk anda ambil tahu dan ambil peduli.
Ada 2 orang wanita mengandung yang sedang mengalami komplikasi seperti Hb (Hemoglobin) rendah, anemia, kaki sembab, masalah sembelit, kulit kusam, cepat letih dan selalu sakit-sakit badan. Seorang daripadanya telah berjaya menjumpai penyelesaian manakala seorang lagi tidak, dan masih menggaru-garu kepalanya untuk mencari sebab dan pokok pangkal punca masalah tersebut .
Bayangkan anda juga mengalami situasi ini. Mana satu yang anda nak jadi?
Jika anda nak jadi wanita hamil yang berjaya selesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan seperti di atas tadi, teruskan pembacaan dan saya akan tunjukkan bantuan jalan keluar bagi masalah – masalah tersebut.
Tahukah anda bahawa, seiring dengan peningkatan usia kandungan, keperluan nutrisi ibu hamil juga akan meningkat terutama setelah memasuki trimester ke-dua kehamilan?
Mengapa? Ini kerana, pada ketika itu, janin sedang berkembang dengan pesat. Terutamanya pada segmen perkembangan otak dan penyusunan sistem saraf, yang memerlukan sumber bekalan nutrisi penting secara optimum dan konsisten.
Nutrisi yang amat diperlukan oleh seorang ibu mengandung adalah termasuk:
Sebagai sumber tenaga untuk pembinaan, perkembangan dan pemulihan sel. Ia juga memastikan bahagian badan seperti jantung, otak dan hati berfungsi dengan baik.
Sebagai sumber zat blok binaan untuk sel membran dan hormon, membantu penyerapan vitamin larut lemak dan sumber tenaga simpanan.
Sebagai sumber blok binaan untuk tubuh. Ia bantu bina dan “maintain” struktur komponen di dalam tubuh.
Sebagai zat untuk membantu proses perkembangan dan pertumbuhan di dalam tubuh
Membekalkan tenaga, membantu ibu rasa lebih tenang (anti-stress), membantu atasi anemia, membantu mengurangkan kecacatan saraf pada bayi, menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal, untuk kecantikan dan kesihatan kulit, rambut, kuku dan tona kulit.
Berguna untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Ia juga membantu untuk mengelakkan masalah osteoporosis si ibu di masa hadapan.
Sangat penting untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah. Keperluan asid folik atau vitamin B9 dalam tempoh kehamilan adalah 800mcg per hari, terutama pada 12 minggu pertama kehamilan.
Kekurangan asid folik mungkin akan mengganggu pembentukan otak bayi, dan mampu menyebabkan kecacatan saraf pusat dan otak janin.
Diperlukan oleh ibu hamil untuk mengelakkan anemia dan masalah Hb rendah.
Sangat diperlukan untuk pertumbuhan struktur tulang janin, serta melindungi ibu hamil dari gejala osteoporosis. Jika jumlah pengambilan kalsium oleh ibu hamil tidak mencukupi, maka sumber kalsium utama bayi adalah daripada kalsium yang terdapat di dalam tulang ibu.
Ibu mengandung sering mengalami pelbagai dilema mengenai pemakanan: Apakah yang sebaiknya perlu dimakan dan tidak boleh dimakan? atau Perlukah seorang ibu mengandung mengubah diet pemakanan? atau Kena makan lebih ke kita ni?
Anda tidak perlu bimbang. Kita boleh dapatkan semua sumber nutrien penting di atas melalui sumber pemakanan seharian kita sendiri. Namun, adakah kita yakin bahawa ia mampu memberi nutrien mengikut kadar saranan yang diperlukan? lebih-lebih lagi jika anda atau saya sendiri baru sahaja menerima berita gembira tentang kehamilan anak yang baru.
Siapa yang tidak sayangkan bayi yang kita bakal kandungkan. Sudah tentu kita bermati-matian ingin memberikan yang terbaik buat si intan permata comel yang kita sayangi. Kita sanggup berusaha menukar tabiat pemakanan yang tidak seberapa dan tidak sihat kepada yang lebih seimbang. Tetapi setiap suatu usaha kita itu pasti bakal ada halangannya.
Loya, sakit badan, ketidakselesaan perut dan perubahan hormon sudah tentu mempengaruhi tabiat pemakanan kita. Suka yang masam-masam, alergi kepada bau ikan, geli dengan taugeh dan sebagainya sudah tentu mengganggu keperluan nutrien untuk diri sendiri dan bayi kita.
Ehh, kawan kita yang seorang tadi tu katanya berjaya atasi segala cabaran dan halangan ni. Macamana? Ohh ya setelah dikajiselidik dan diwawancara rupa-rupanya dia telah mengambil sumber pemakanan tambahan tertentu. Patutlah Hb dia cantik je. Nurse pun tak banyak bunyi masa temujanji check up kehamilan, siap sekolahkan nurse lagi dia ni.
Apa yang sebenarnya dia ambil? Nak kena cukupkan satu-satu nutrien kat atas tu bukan calang-calang, banyak yang nak kena jaga pasal makan, especially kena tutup mata dan hidung. Kalau dia mampu kita juga mesti mampu, atau buat-buat mampu.
Di Shaklee ada 6 jenis suplemen vitamin yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil. Anda boleh dapatkan info lanjut mengenainya serta dapatkan konsultasi eksklusif khas untuk anda sekarang.
Hubungi Segera:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS | Call | Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More