Jantung adalah organ yang sangat penting di dalam tubuh. Umpama sebuah enjin di dalam sebuah kenderaan. Ia perlu sentiasa di dalam keadaan terbaik sebelum setiap perjalanan kita boleh bermula.

Bezanya enjin boleh dihidupkan atau dimatikan. Tetapi hebatnya jantung manusia, ia sentiasa bekerja 24 jam tanpa henti seumur hidup kita. Ohh ya mungkin ada berhenti dalam sesaat ketika kita sedang bersin. Betul ke?

Dikatakan bahawa apabila usia kita menjelang 70-an, jantung telah berdegup tidak sedikit tapi lebih daripada 2500 juta kali. Hah! Macamana nak kira tu!?

Jantung perlu berada di tahap fungsi optimum bagi memastikan kehidupan kita tidak berdepan dengan gangguan masalah kesihatan. Jantung juga memerlukan tenaga bersih berpanjangan bagi menyokong aktiviti tanpa henti ini.

Namun begitu, penyakit jantung tetap disenaraikan sebagai punca utama kematian bagi rakyat Malaysia, bahkan diseluruh dunia.

Mengikut rekod Institut Jantung Negara (IJN),  sebanyak 300,000 pesakit jantung menerima rawatan sebagai pesakit luar sepanjang tahun 2016.

Peningkatan ini amat membimbangkan memandangkan pe­n­yakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara ini. Ia bukan sahaja melibatkan golongan berusia malah golongan muda seawal usia 20-an.

Oleh itu, setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan sejak awal.

Datuk Seri Dr. Mohd. Azhari Ya­kub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN
Sumber: Utusan Online

Musuh kepada jantung yang menjadi penyebab utama kepada penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi adalah KOLESTEROL.

Selain terdapat pelbagai jenis ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah, suplemen vitamin juga berupaya membantu mencegah masalah kolesterol ini lebih awal.

Namun, kedua-dua pilihan ini mempunyai kesan sampingannya masing-masing. Jadi, nasihat doktor dan pakar nutrisi adalah amat diperlukan bagi memilih ubat atau suplemen yang betul-betul sesuai dengan kondisi kita serta faham akan kesan sampingannya sebelum setiap pengambilan.

Untuk suplemen yang terbukti berkesan, selamat dan semulajadi; berikut adalah 7 jenis suplemen untuk kesihatan jantung yang kita boleh amalkan.

7 Vitamin Untuk Jantung Sihat

+1 – Sterol Tumbuhan

Sterol dan stanol adalah sejenis unsur baik yang biasa terdapat di dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Ia mempunyai struktur luarbiasa yang hampir sama dengan kolesterol dan berupaya menghalang reseptor di dalam saluran usus untuk menyerap kolesterol yang datang daripada sumber diet pemakanan harian.

Baca Juga :  6 Tips Mudah Cara Mencegah Masalah Jantung

Kemana kolesterol akan pergi? Ia akan terus dibuang daripada tubuh secara semulajadi setiap hari.

Fungsi ini dapat membantu halang penyerapan kolesterol berlebihan dan mencegah pembentukan kolesterol tidak baik iaitu kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein).

Kenapa sterol dan Stanol? Kolesterol jahat (LDL) adalah musuh utama kepada jantung.

+2 – Koenzim Q10

Koenzim Q10 atau CoQ10 adalah sejenis enzim yang biasa terdapat di dalam setiap sel tubuh kita. Ia terdapat di dalam mitokondria iaitu pusat janakuasa bagi penghasilan tenaga sel.

Koenzim Q10 sangat banyak didapati terutamanya di bahagian tubuh yang sangat aktif seperti otak, hati dan jantung.

Selain untuk fungsi penghasilan tenaga, CoQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada bahana kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Koenzim Q10 juga boleh didapati daripada sumber semulajadi seperti daging merah, daging ayam, telur, brokoli, bunga kobis, bijan, kacang pistachio, ikan sardin, oren, strawberi dan banyak lagi.

Kenapa perlukan CoQ10? Hidup kita tidak selamanya muda. Semakin meningkat usia dan akibat pengaruh tabiat dan persekitaran, tubuh kita semakin lemah dan kurang cekap untuk menghasilkan CoQ10 sendiri. Ditambahkan lagi dengan pengumpulan musuh utama jantung, hati dan otak iaitu, KOLESTEROL.

Kesan kekurangan CoQ10 ini menyebabkan kita mudah terdedah kepada pelbagai masalah yang berpunca akibat paras kolesterol tinggi dalam badan.

+3 – Minyak Ikan Omega-3

Tidak semua lemak itu tidak bagus untuk kesihatan. Ada jenis lemak yang kita perlu halang dan ada lemak yang perlu kita ambil lebih dan kerap iaitu asid lemak omega-3.

Asid lemak omega-3 yang utama ada 3 jenis. EPA dan DHA terdapat di dalam sumber ikan dan ALA pula daripada sumber tumbuhan seperti kacang dan bijian.

Minyak ikan omega-3 sangat berkesan untuk kesihatan jantung. Ia sangat membantu menurunkan paras kolesterol dan paras trigliserid di dalam darah yang merupakan punca kepada tekanan darah meningkat dan masalah jantung.

Kajian menunjukkan omega-3 dapat membantu mencegah serangan jantung kerana ia memperlahankan pembentukan plak pada dinding saluran arteri.

Untuk mendapatkan sumber omega-3, anda boleh cuba makan banyak ikan yang dikenalpasti mempunyai paras EPA dan DHA yang tinggi.

Baca Juga :  Kenapa Jantung Berdebar Tanpa Sebab Boleh Berlaku Dengan Tiba-Tiba?
Jenis MakananSaiz HidanganKandungan Omega-3
Bijian Flaxseed2 sudu makan3190 mg
Kacang Walnut1/4 cawan2270 mg
Ikan Salmon4 auns1470 mg
Ikan Sardin3.2 auns1340 mg
Daging Lembu4 auns1100 mg
Kacang Soya1 cawan1030 mg
Tofu4 auns360 mg
Bayam1 cawan170 mg
Strawberi1 Cawan90 mg

Jadual 2: Makanan Tinggi Kandungan Omega 3

+4 – Niacin

Niacin juga dikenali sebagai vitamin B3, sebahagian daripada keluarga besar vitamin B Complex.

Pengambilan niacin dalam diet harian adalah sangat penting untuk kesihatan secara umum. Dalam sesetengah rawatan, paras niacin yang tinggi membantu memperbaiki paras kolesterol dan dapat menurunkan risiko masalah kardiovaskular seperti masalah jantung.

Ramai lelaki mati akibat memiliki paras kolesterol baik yang rendah berbanding paras kolesterol buruk – dan niacin menggalakkan HDL iaitu kolesterol baik.

Kolesterol HDL melakukan kerja-kerja pembersihan terhadap kolesterol LDL (kolesterol buruk), seperti sebuah trak pengangkut sampah dalam sistem. Menggalakan kehadiran kolesterol HDL, memudahkan pengangkutan kolesterol dan trigliserid supaya ia dapat dibuang keluar daripada tubuh.

– Dr. Berkowitz

Niacin boleh didapati secara mudah daripada pelbagai sumber makanan seperti sayuran, daging, ayam, ikan dan telur.

+5 – Vitamin Antioksidan

2 jenis antioksidan yang sangat baik untuk membantu kesihatan jantung ialah vitamin E dan Beta-Karotena.

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Ia boleh ditemui di dalam pelbagai sumber makanan seperti minyak sayuran, bijirin, daging, ayam, telur dan sebagainya.

Tergolong dalam kumpulan karotenoid, kehadiran Beta-karotena mudah ditunjukkan dengan membawa fungsi pigmen berwarna oren dan kuning pada buah-buahan dan sayuran.

Tubuh menukarkan beta-karotena kepada vitamin A, antioksidan yang sangat kuat untuk membantu fungsi kesihatan mata, kulit dan sistem saraf.

+6 – Polifenol dan Resveratrol 

Polifenol adalah sejenis unsur semulajadi yang terdapat di dalam sumber tumbuh-tumbuhan. Resveratrol pula adalah sebahagian daripada kumpulan unsur yang disebut sebagai polifenol ini.

Polifenol dan resveratrol dikenalpasti mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat kuat, berupaya melindungi tubuh daripada kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas yang boleh membawa risiko masalah kesihatan yang lebih berbahaya.

Polifenol banyak terdapat pada kulit anggur dan juga beberapa sumber tumbuhan lain seperti beri dan kekacang.

Pelbagai kajian telah dijalankan dan mengenalpasti beberapa kesan polifenol terhadap fungsi kesihatan jantung termasuklah mengurangkan inflamasi pada salur darah, mengawal tekanan darah yang sihat, mengelakkan pengumpalan darah dan memelihara keanjalan lapisan dalam dinding arteri salur darah (lapisan endothelium).

Baca Juga :  13 Tips Penjagaan Jantung Sihat Yang Kita Boleh Amalkan Tanpa Ubat

Pembentukan Plak Dalam Salur Darah

Keistimewaan dan kebaikan polifenol & resveratrol juga popular sebagai bahan yang membantu memperlahankan proses penuaan secara semulajadi. Hari ini, berapa ramai orang yang lebih kelihatan tua berbanding usia sebenarnya.

+7 – Fiber

Fiber atau serat dalam makanan boleh dijumpai dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Serat sangat membantu tubuh untuk mengurangkan kadar bacaan kolesterol dalam darah yang terhasil melalui diet pemakanan harian kita.

Kita boleh amalkan pengambilan 25 hingga 30g serat sehari untuk kesihatan. Bagi lelaki berusia lebih daripada 50 tahun, pengambilan sedikit lebih sebanyak 38g serat sehari amatlah digalakkan.

Jenis MakananSaiz HidanganKandungan Fiber
Bran Jagung1 auns22 g
Bran oat1 auns12 g
Bran Gandum1 auns12 g
Avocado1/2 biji9 g
Buah Tin Kering1/2 cawan8 g
Pear1 biji6 g
Pisang1 biji3 g
Brokoli1 cawan5 g
Bunga Kobis1 cawan5 g

Jadual 1:  Makanan Tinggi Kandungan Serat/Fiber

 

 Jom Jaga Jantung Sihat

Saya telah berikan tips penjagaan jantung sihat melalui senarai 7 suplemen untuk jantung di atas.

Kadar kematian yang tinggi akibat serangan jantung di Malaysia dan juga seluruh dunia, mungkin akan membuatkan kita rasa sedikit takut.

Jika ia disebabkan oleh punca yang tidak boleh dielakkan seperti masalah genetik, kemalangan dan lain-lain (yang tidak boleh dikawal), kita perlu redha atas apa yang telah ditakdirkan kepada kita. Namun, kita masih boleh berusaha.

Jika ia disebabkan oleh punca tabiat dan gaya hidup kita sendiri, kita perlu sedar dan segera membuat tindakan terbaik untuk pemulihan mahupun pencegahan bermula dari sekarang.

Kawal musuh utama kepada jantung: KOLESTEROL dalam makanan. Sentiasa aktif dan bersenam juga mampu meningkatkan kesihatan jantung kita.

Macamana nak suplemen/vitamin untuk jantung? Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Malaysia, anda boleh dapatkannya terus daripada saya.

Sebelum itu, anda boleh dapatkan dahulu info lanjut mengenai produk dan konsultasi eksklusif mengikut keperluan dan bajet anda.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

 

Facebook Comments:
7 Vitamin Untuk Kesihatan Jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.