Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Begitu juga untuk lelaki sebagai lambang kehenseman dan tampil lebih kacak.
Adakah anda mengidamkan rambut yang sihat, lebat dan bersinar?
Ia adalah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam pelbagai iklan syampu rambut yang menjanjikan rambut berkilau, lembut beralun dan mudah diurus. Oh cantiknya! memang kena dengan idaman setiap wanita.
Tetapi hakikatnya, kita sering terpaksa berhadapan dengan masalah rambut yang normal dan biasa terjadi – rambut mudah putus, mudah luruh, rambut kering, rambut bercabang atau lebih teruk lagi kepala semakin botak akibat rambut gugur atau mudah rontok.
Bukan hanya masalah luaran, kita perlu juga periksa masalah dalaman yang dialami oleh rambut. Ia memerlukan sumber nutrien penting bagi memastikan bukan sahaja rambut, tetapi juga untuk kulit kepala yang sihat.
Kulit kepala yang sihat dapat memastikan setiap folikel rambut yang tumbuh menjadi sihat dan kuat. Hasilnya, apa sahaja yang diidamkan oleh rambut wanita pasti akan tercapai.
Apakah makanan untuk rambut sihat yang sangat penting itu? Berikut kami senaraikan 11 vitamin untuk rambut sihat yang perlu anda ambil berat dan ada dalam diet pemakanan anda setiap hari.
Baca Juga >> Cara Kira Kalori Online
Kita umum tahu vitamin C sangat penting untuk membantu meningkatkan kekuatan imun tubuh manusia. Melindungi tubuh dari jangkitan penyakit, demam selsema dan pelbagai serangan penyakit.
Tetapi, ramai juga yang belum tahu kepentingan fungsi vitamin C untuk pertumbuhan dan menguatkan akar rambut.
Tahukah anda?
Vitamin C membantu tubuh menghasilkan kolagen, sejenis protein penting untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku.
Tambahan lagi, vitamin C juga diklasifikasikan sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel & tisu tubuh serta menghalang pertumbuhan rambut sepanjang yang mungkin.
Radikal bebas juga bertanggungjawab menyebabkan kerosakan rambut menjadi rapuh dan mudah putus.
Jika anda mengalami masalah rambut rapuh dan mudah gugur, ia mungkin petanda utama anda kekurangan vitamin C dalam tubuh.
Vitamin C mudah diperolehi daripada sumber makanan harian, termasuk pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran.
Jika anda sukar mendapatkan diet mengandungi vitamin C dari dari makanan, alternatifnya ia juga lebih mudah diambil dalam bentuk suplemen vitamin C.
Baca Juga >> Tips Memilih Vitamin C Yang Bagus
Keluarga besar vitamin B atau lebih dikenali sebagai vitamin B Complex, terdiri daripada 8 jenis vitamin B – B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12.
Fungsi utama vitamin B adalah untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia memberi kesan baik terhadap tenaga, metabolisma, sistem saraf, kulit, kuku dan juga rambut.
Vitamin B Complex berperanan menyokong proses perkembangan dan pembahagian sel, sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Anda perlukan vitamin B setiap masa dan setiap hari. Ini kerana vitamin B adalah dari jenis vitamin larut air, bermakna tubuh tidak dapat menyimpannya.
Tahukah anda?
Vitamin tergolong kepada 2 kumpulan: vitamin larut lemak (fat-soluble) dan vitamin larut air (water-soluble).
Vitamin larut lemak (vitamin A, D, E & K) boleh terurai dalam lemak dan disimpan di dalam tubuh.
Vitamin larut air (Vitamin B Complex & C) perlu dilarutkan di dalam air sebelum tubuh boleh menyerapnya. Jadi tubuh tidak boleh menyimpan kumpulan vitamin ini.
Jika tubuh tidak menggunakan 2 vitamin ini (vitamin B & C), ia akan disingkir keluar dari tubuh melalui urin atau air kencing. Jadi kita perlukan sumber vitamin B Complex dan vitamin C yang baru setiap hari..
Tanda-tanda kekurangan vitamin B dalam tubuh dapat ditunjukkan melalui:
Vitamin B mudah diperolehi melalui sumber makanan harian seperti daging, telur, kacang, kekacang, bijian dan sayur-sayuran.
Jika anda sukar untuk mendapatkan sumber vitamin B yang mencukupi setiap hari, suplemen vitamin B Complex boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Penggunaan produk penjagaan rambut juga boleh membantu kesihatan rambut secara luaran. Tetapi pastikan ia selamat, berkesan tanpa bahan-bahan tambahan berbahaya.
Baca Juga >> Cara Kira BMI Online
Biotin yang juga dikenali vitamin B7 atau vitamin H adalah sebahagian daripada keluarga vitamin B Complex.
Tubuh memerlukan biotin untuk membantu menukarkan nutrien makanan kepada tenaga – karbohidrat kepada glukos. Ia juga penting untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku.
Kesan kekurangan biotin boleh menimbulkan masalah rambut seperti rambut gugur, rambut nipis dan kulit kepala bersisik.
Jarang orang mengalami masalah kekurangan biotin kerana ia mudah didapati dalam sumber makanan. Makanan kaya dengan sumber biotin adalah seperti organ haiwan (hati atau limpa), kuning telur, kacang & kekacang, bijirin, pisang, sayuran kobis dan cendawan.
Biotin juga mudah didapati dalam bentuk suplemen secara asing atau lebih mudah diambil sekali dalam suplemen vitamin B Complex.
Baca Juga >> Kelebihan Vitamin B Complex
Niacin atau vitamin B3 juga tergolong dalam keluarga vitamin B Complex, tetapi ia mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Niacin membantu memperbaiki sistem aliran darah dalam tubuh. Ia melancarkan bekalan oksigen & nutrien supaya dapat sampai hingga ke setiap folikel rambut.
Jadi ia sangat penting untuk menyuburkan kulit kepala bagi menyokong pertumbuhan rambut yang sihat. Jika tidak, anda akan mengalami masalah rambut rapuh, cepat rosak dan juga mudah luruh.
Selain itu, kesan kekurangan niacin boleh menyebabkan pellagra, iaitu simptom seperti:
Niacin mudah diperolehi melalui sumber makanan harian seperti daging, ayam, ikan, kacang, bijirin yang diperkaya, cendawan, avokado dan pelbagai lagi.
Sebagaimana biotin, niacin juga terdapat dalam bentuk suplemen yang tersendiri atau lebih mudah diambil sekali dengan suplemen vitamin B Complex.
Baca Juga >> 7 Vitamin Untuk Jantung Sihat Yang Perlu Anda Tahu
Seperti vitamin C, vitamin E juga adalah sejenis antioksidan yang penting untuk mengatasi masalah tekana oksidatif dalam sel – penyebab kerosakan sel akibat radikal bebas.
Selain pelbagai kebaikan vitamin E untuk kulit muka, ia juga sangat penting untuk kesihatan rambut.
Kajian telah mendapati mereka yang ada masalah keguguran rambut mengalami kenaikan pertumbuhan rambut sebanyak 34.5% selepas diberikan diet suplemen vitamin E selama 8 bulan.
Sumber vitamin E juga mudah diperolehi daripada makanan seperti kacang almond, bijian, avokado, brokoli, minyak zaitun dan lain-lain.
Ia juga boleh didapati juga dalam bentuk suplemen vitamin E.
Minyak vitamin E juga boleh terus digunakan pada rambut dan kulit kepala. Ia boleh membantu mengurangkan inflamasi, mengilatkan rambut, menyeimbangkan pengeluaran minyak dan memulihkan folikel rambut yang rosak.
Sapukan minyak vitamin E pada rambut dan kulit kepala sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membantu melebatkan rambut, serta ditambah dengan diet tinggi vitamin C.
Vitamin A adalah sejenis mikronutrien antioksidan. Terdapat 2 jenis vitamin A iaitu retinoid (atau retinol dari sumber haiwan) dan karotenoid (atau provitamin A dari sumber tumbuhan).
Vitamin A adalah antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan sel tubuh yang baik. Fungsi antioksidan dan anti-inflamasi pada vitamin A juga membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan, punca kepada rambut kering dan pecah atau bercabang.
Anda boleh penuhi keperluan vitamin A harian anda daripada sumber makanan seperti telur, susu segar, keju, minyak hati ikan kod, buah-buahan (keledek, lobak, tembikai susu dan betik) dan sayuran-sayuran berdaun hijau (brokoli, bayam dan kobis hijau).
Kesan kekurangan vitamin A boleh menyebabkan penurunan daya penglihatan (rabun malam atau sukar melihat dalam cahaya yang sedikit)dan timbul pelbagai masalah kulit.
Jika ada mengalami masalah untuk mendapatkan sumber vitamin A, ia boleh juga diambil daalm bentuk suplemen vitamin A.
Pastikan ia dari sumber tumbuhan atau karotenoid untuk kesan yang lebih baik. Baik untuk mata, juga baik untuk rambut dan kulit kepala.
Baca Juga >> Vitamin Untuk Mata Kering
Vitamin D adalah nutrien penting kepada tubuh. Ia membantu menguatkan sistem imun, menguatkan tulang, menyihatkan kulit, merangsang pertumbuhan sel dan membina folikel rambut yang baru.
Simptom seperti rambut gugur, boleh berlaku disebabkan oleh kesan kekurangan vitamin D. Ia dikaitkan dengan sejenis masalah iaitu alopecia areata atau lebih dikenali sebagai kepala botak bertompok.
Kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan yang lain termasuklah tulang lemah & rapuh – osteoporosis, osteoarthritis, penyakit jantung dan juga kanser.
Tubuh manusia boleh menghasilkan vitamin D apabila terdedah secara terus kepada sinaran matahari. Namun bagi sesetengah negara, mungkin sukar untuk mendapat cahaya matahari srcara langsung untuk sepanjang tahun.
Ia juga boleh diperolehi daripada diet makanan tertentu seperti lemak ikan, minyak ikan kod, cendawan, telur dan makanan yang diperkaya vitamin D.
Hari ini, vitamin D juga mudah didapati dalam bentuk suplemen vitamin D. Jadi, pastikan tubuh anda cukup vitamin D untuk mengekalkan rambut sihat can cantik.
Baca Juga >> 6 Makanan Sihat Untuk Bersihkan Paru-paru Perokok
Juga tergolong dalam kumpulan zat mineral, zat besi sangat penting dalam keperluan tubuh untuk memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.
Ia membantu sel darah merah membawa oksigen kepada sel-sel tubuh. Fungsi lain zat besi adalah membantu kekuatan rambut dan menyokong pertumbuhan rambut yang sihat.
Kekurangan zat besi terutamanya bagi wanita dan wanita mengandung akan menyebabkan masalah anemia.
Anemia dikatakan punca kepada berlakunya masalah rambut kering, rambut nipis dan rambut gugur; terutamanya dalam kalangan wanita.
Anda boleh membuat pemeriksaan darah ringkas yang boleh dilakukan di farmasi-farmasi kesihatan bagi memastikan tahap kandungan zat besi mencukupi dalam tubuh anda.
Jika tidak cukup, anda boleh pertimbangkan pengambilan makanan yang kaya kandungan zat besi dalam diet harian seperti daging merah (terkawal), siput & makanan laut ataupun sayur bayam.
Bagi ibu mengandung, ikut nasihat doktor supaya ambil lebih zat besi, biasanya akan diberi dalam bentuk suplemen zat besi.
Baca Juga >> Bahaya Anemia Semasa Mengandung
Magnesium adalah mineral keempat terbanyak kandungannya di dalam tubuh kita, selepas kalsium, pottasium dan sodium.
Pelbagai sistem proses tubuh memerlukan magnesium termasuk otak, saraf, jantung, sistem imun otot sehinggalah ke rambut dan kuku.
Sumber magnesium yang mencukupi adalam tubuh membuatkan rambut kelihatan lembut dan bersinar. Magnesium berfungsi menggalakkan pertumbuhan folikel rambut untuk kekal sihat dan kuat.
Anda boleh isi diet keperluan magnesium anda dari sumber makanan seperti ikan salmon, kacang, kekacang dan biji-bijian.
Pastikan keperluan magnesium harian anda dipenuhi sebaiknya kerana menurut laporan kesihatan dunia, ramai yang tidak memperolehi keperluan magnesium yang cukup akibat kekurangan nutrisi.
Akibatnya, pelbagai masalah kesihatan akan timbul seperti serangan jantung, diabetes, sembelit, anxiety disorder, kemurungan dan keletihan melampau.
Baca Juga >> Vitamin Untuk Tulang Kuat
Walaupun bukan sejenis vitamin, protein adalah nutrisi yang sangat penting untuk kesihatan rambut. Hampir keseluruhan struktur rambut terdiri daripada protein – keratin.
Keratin adalah fiber bukan hidup yang termasuk dalam 91% komponen protein yang membentuk struktur rambut.
kekurangan sumber protein bukan sahaja mengganggu keperluan sistem tubuh, ia juga bakal menyebabkan folikel rambut menjadi lemah, punca kepada rambut rapuh, mudah putus dan mudah gugur.
Sumber protein yang cukup membuatkan rambut menjadi kuat dan sihat serta membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.
Banyak produk penjagaan rambut dipasaran berasaskan protein untuk rawatan rambut. Namun pengambilan protein dalam diet harian adalah lebih penting.
Sumber protein terbaik adalah berasaskan tumbuhan seperti quinoa, susu kacang soya, bayam, brokoli dan pelbagai jenis sayuran lain.
Protein pelengkap nutrisi yang juga kaya dengan asid amino untuk pertumbuhan rambut yang kuat dan tumbuh lebih cepat.
Jika anda mengalami pertumbuhan rambut yang sangat lambat, mungkin anda perlu periksa jumlah pemgambilan protein harian anda. Pastikan ia cukup dan memenuhi keperluan keperluan harian anda.
Tahukah Anda?
Saranan RDA, pengambilan protein harian adalah sebanyak 0.8 gram per kilogram berat badan anda, iaitu sekurang-kurangnya:
> 56 gram sehari bagi lelaki dewasa
>> 46 gram sehari bagi wanita
Baca Juga >> Apa Tanda Kelopak Mata Bergerak-gerak?
Betullah kata doktor, kita perlukan semua vitamin A to Z setiap hari untuk kekal sihat. Tetapi, zinc(zn) bukanlah sejenis vitamin.
Zinc adalah sejenis mineral yang sama penting dengan vitamin untuk keperluan tubuh termasuklah untuk menjaga kesihatan rambut.
Zinc sangat penting untuk pertumbuhan tisu rambut dan untuk fungsi pembaikpulihan struktur rambut. Ia juga membantu memastikan kelenjar minyak disekitar folikel rambut berfungsi dengan baik.
Kesan kekurangan zinc dalam tubuh boleh mengganggu sistem imun dan melemahkan fungsi hormon. Rambut gugur juga antara petanda tubuh kekurangan zinc.
Pastikan diet harian anda cukup zinc terutamanya dari sumber makanan seperti tiram, daging, biji labu, kacang kuda, cendawan, bawang putih, bayam dan yogurt.
Bantuan suplemen zinc juga baik untuk menyokong keperluan zinc harian. Selain untuk rambut dan keseimbangan hormon ia juga baik untuk kesuburan lelaki & wanita.
Baca Juga >> Makanan Untuk Bersihkan Paru-paru
Sumber:
https://www.healthline.com/
https://healthwholeness.com/
Keyword: rambut rapuh dan gugur
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Info yang sangat beguna utk saya yg sekarang berambut panjang.. Tq ya.
Terima kasih, semoga mendapat info yang berguna.