Selama lebih daripada 60 tahun, kami tidak pernah berhenti membantu anda untuk Hidup Lebih Muda, Lebih Lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, kami menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu anda Kekal Muda, Jelita.

Dalam usaha kami untuk menghasilkan revolusi YOUTH Complex, kami telah menemui sesuatu yang menakjubkan.

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia – mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan di dalam diri.

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri.

Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda tentu akan menghargainya.

Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH™ bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda. Sememangnya menakjubkan.

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

Kami telah membuktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesannya. Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Secara komprehensif  ‘Bebas Dari’ kami mengandungi lebih dari 1500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh dipersoalkan yang anda tidak akan dapati di dalam mana-mana produk YOUTH.

Produk YOUTH adalah :

  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Bebas Gluten
  • Bebas kekejaman
  • Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi

YOUTH™ menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal – memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

Indeks Usia Kulit

Indeks Usia Kulit ini dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia. Ia mengukur penampilan tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

  • Kedutan Kulit
  • Saiz Pori
  • Tona Kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur Kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri Kulit
  • Kekenduran

Memadamkan Sedekad Penuaan

Kami tahu bahawa YOUTH akan mengubah pandangan anda bagaimana anda melihat diri sendiri.

Tetapi, persoalan disini, bagaimana kami mampu buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda? Caranya adalah dengan menggunakan Indeks Usia Kulit. Indeks Usia Kulit ini dibangunkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia. Ia mengukur tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

Baca Juga :  Mengapa Vivix Merupakan Suplemen Terbaik Yang Shaklee Ada

Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.

Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.

Kuasa Botanikal

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

LOTUS JAPONICUS


YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

 APPLE STEM CELL EXTRACT

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda.

Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT


Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

 

VITAL REPAIR+® COMPLEX


Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Rangkaian Produk Youth

(1) LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.

 

(2) PERFECTING SKIN TONER

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.

 

(3) AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50 – Siang

Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Baca Juga :  Sabun Cuci Pakaian Yang Paling Bagus Untuk Diri Dan Alam Sekitar

Bahan-bahan Utama
SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract

 

(4) MOISTURE LOCK DAY CREAM – Siang

Penghidratan Mendalam, Segera.
Memanfaatkan kuasa botani, YOUTHTM menggunakan Teknologi Penghidratan Selular BARU untuk bertindak sebagai magnet kelembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci penghidratan.

Bahan-bahan Utama
Ekstrak Kaktus, gabungan unik empat jenis asid hialuronik, 100% Squalane berasaskan tumbuhan dan Youth Complex.

(5) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM

(i) Light

Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus.

 

(ii) Rich

Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Lotus Japonicus, Shea Butter, Jojoba.

 

(6) YOUTH COMPLEX – ACTIVATING SERUM

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.

Kulit yang muda akan membantu proses pembaharuan sel kulit dengan lebih mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi lebih perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Ia mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten. Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Baca Juga :  Kelebihan B complex Shaklee Yang Anda Patut Tahu

Bahan-bahan Utama
YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.

 

(7)  MASK

(i) Hydrating Gel Mask

Untuk Kulit Kering
Nikmati kulit yang lembut dengan formulasi yang kaya dengan kelembapan daripada gel emas yang menyegarkan bagi memberi kulit sihat secara mendalam supaya ia kelihatan terhidrat, berseri.

Bahan-bahan Utama
Asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.

 

(ii) Purifying Clay Mask

Untuk Kulit Berminyak/Mudah Berjerawat
Menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Dirumus oleh bahan semulajadi, formulasi ini menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kekotoran, dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan, memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering.

Bahan-bahan Utama
Campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

 

(8) RADIANCE C + E

Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Pure Vitamin C, Vitamin E, plus Raspberry.

 

(9)RESTORING EYE TREATMENT

MEMPERKENALKAN YOUTH™ Restoring Eye Treatment, produk pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti-penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering atau sembap.Ianya bukan sekadar untuk mata!

  • Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata atau crow’s feet dalam tempoh masa seawal 7 hari.*
  • Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam.**
  • Membantu menghilangkan kedutan mata dan menegangkan serta menghidrat.**
  • Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasan mata dengan urutan lembut. Hebat bukan?

*Seperti yang diukur dalam kajian klinikal 28 hari, 36 subjek, penggunaan dua kali sehari.
**Seperti yang dirasakan oleh majoriti subjek dalam kajian klinikal 28 hari, 36 subjek, penggunaan dua kali sehari.

Keistimewaan Shaklee
• 100% VEGAN   • TANPA PARABEN   • DIUJI SECARA DERMATOLOGI

Bahan-bahan Utama
Peptide Blend, Licorice Extract, Lotus Japonicus, Schisandra Chinensis, Hyaluronic Acid, Muscadine Grape, and Vital Repair+® Complex.

Untuk pertanyaan lanjut:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
YOUTH SKINCARE SHAKLEE: Regimen Anti Penuaan Dengan Revolusi Terkini
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.